Pengalaman Menaiki Bas Perak Transit / My Bas

Pengalaman Menaiki Bas Perak Transit / My Bas | Anak-anak dah lama teringin nak naik bas. Banyak perkara yang perlu Marina fikirkan seperti cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dan lain-lain perkara yang mungkin akan timbul semasa di dalam bas sebelum bersetuju untuk bawa anak-anak merasai pengalaman menaiki bas. Setelah membuat pertimbangan, tibalah harinya Marina tunaikan permintaan anak-anak untuk menaiki bas. Kiteorang naik bas Perak Transit. Kalau zaman dulu-dulu orang panggil bas tambang. Ni kali pertama Marina naik bas Perak Transit ni. Anak-anak pon tak pernah lagi merasa naik bas, so nak bagi diorang merasa.

Pada pagi hari kejadian, anak-anak Marina semua bersemangat bangun awal pagi, bersedia untuk menaiki bas. 

Breakfast dulu

Mengenai Perak Transit Berhad

Perak Transit Berhad adalah sebuah syarikat pengangkutan awam yang berpengkalan di negeri Perak. Syarikat ini berperanan penting dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap dan berkesan kepada penduduk Perak sejak penubuhannya.

Ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad di Malaysia pada 5 September 2008, Perak Transit Berhad kemudiannya ditukar kepada syarikat awam pada 26 Mac 2010.

Penubuhan ini bertujuan untuk mengubah dan memodenkan sistem pengangkutan awam di Perak. Inisiatif ini merupakan satu langkah penting bagi kerajaan negeri Perak dalam usaha untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih baik kepada penduduk tempatan dan pelawat. 

Perkhidmatan bas yang disediakan oleh Perak Transit Berhad merangkumi pelbagai destinasi utama di Perak, termasuk bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. Syarikat ini mengamalkan prinsip-prinsip keselamatan dan keselesaan penumpang dengan menyediakan pengangkutan awam yang selesa dan moden.

Selain itu, Perak Transit Berhad juga terkenal dengan perkhidmatan pelancongan mereka, yang membolehkan pelawat untuk menjelajahi keindahan alam Perak dengan lebih mudah. Dengan jadual perjalanan yang teratur dan perkhidmatan yang boleh dipercayai, syarikat ini telah menjadikan perjalanan awam sebagai pilihan yang lebih mesra alam dan efisien.


Naik Bas Perak Transit Awal Pagi

Sebelum menaiki bas, kiteorang pergi breakfast dulu di kedai mamak untuk mengisi perut.

Selepas breakfast, husband mencari parking kereta yang berdekatan dengan tempat menunggu bas supaya takdelah nanti kiteorang perlu berjalan jauh ke tempat menunggu bas. Tempat menunggu bas tu terletak berdekatan kawasan taman perumahan Marina.

Lebih kurang pukul 11 pagi, bas sampai di tempat menunggu. Naik je bas, kiteorang maklumkan pada pemandu untuk turun di Medan Kidd iaitu stesen terakhir bas tersebut akan berhenti dan semua penumpang perlu turun di situ.


Cara Bayar Tiket Perak Transit

Seriusly Marina cakap, bas Perak Transit/My Bas ni tak macam bas tambang dulu.

Bas ni dah moden, ber'air cond', selesa dan cara bayar tiket bas pon dah moden. Semua dah guna digital. Pemandu bas hanya klik je destinasi yang penumpang nak turun dan keluarlah resit. Korang boleh bayar secara tunai atau menggunakan touch & go.

Pemandu klik je destinasi yang penumpang nak pergi

Nanti keluar resit kat mesin ni


Makan Di Medan Kidd

Selepas dah sampai di Medan Kidd, kiteorang makan kat kedai area situ sementara tunggu bas bergerak balik ke destinasi tempat yang kiteorang naik.

Di kedai makan tersebut, kiteorang order mee kari, koeytiaw kari dan koeytiaw goreng. Koeytiaw goreng dia serius sedap. Peniaga kedai yang kiteorang makan ni adalah seorang muallaf. Koeytiaw goreng yang Marina order ni tanpa sayur sebab anak tak makan sayur. Harga makan semua sekali adalah RM14 termasuk air. 


Tidur Dalam Bas On The Way Pulang ke Destinasi

Pukul 12.55 tengahari bas mula bergerak menuju ke destinasi untuk menurunkan dan mengambil penumpang.

Di stesen bas tu ada papan tanda bas sepatutnya yang kiteorang naik. Di papan tanda ada, di screen led pada bas pon ada. So mudah untuk tahu di mana sepatutnya kiteorang tunggu bas ke destinasi kami.


Dalam perjalanan, Miqaila siap tidur dalam bas. Kepenatan. Selesa pon ye. Sejuk. Dalam pukul 2 petang kiteorang dah sampai destinasi tempat yang kiteorang naik bas pada awalnya.



Cabaran Menaiki Bas

Anak-anak Marina sangat teruja menaiki bas Perak Transit. Bila ditanya nak naik lagi tak bas, semua kata nak naik lagi. Antara cabaran yang Marina hadapi semasa menaiki bas ni adalah anak Marina, si Miza, budak berbaju merah tu nak buang air kecil. Tapi apakan daya, di dalam bas tersebut tandas tidak disediakan. So Marina minta dia tahanlah sehingga sampai ke rumah. 

Setiap kali ke mana-mana walaupon naik kereta, Marina selalu pesan siap-siap pada anak-anak supaya membuang apa sepatutnya dulu supaya tak berlaku perkara yang tidak diingini. Marina pun dah bagitahu diorang, kalau naik bas, tak boleh berhenti untuk buang air dan takde toilet. Tapi disebabkan mereka budak-budak, we cannot predict what will happen, kan? Tapi, so far diorang sangat behave semasa duduk di dalam bas.


Post a Comment

4 Comments

  1. pendedahan dan pengalaman yang baik untuk anak-anak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nowadays anak-anak dah terlampau moden. Tak penah naik bas. Tak penah naik basikal. Tak penah naik keretapi.hehe

      Delete
  2. Allah rindunya dengan bas Perak Transit ni. Dulu kinah salah seorang staf di sana. Memang dah banyak perubahan dah company ni. Kalau dulu mesin dia pemandu hanya touch ke mana lokasi yang ingin dituju sekarang dah boleh touch n go ye.

    ReplyDelete
  3. Best gini.
    Sporting lah marina & asben.
    So far, aida x pernah la bwk anak2 naik bas d melaka :)
    But di KL,yes. Sebab naik bas sambil tunjuk tempat. Nice experience. Perfect.

    ReplyDelete