Bagaimanakah Cara MAIS Melaksanakan Pemulihan Masalah Pelencongan Sosial?

Bagaimanakah Cara MAIS Melaksanakan Pemulihan Masalah Pelencongan Sosial? | Haritu Marina tonton webinar yang bertajuk "Pelencongan Sosial" Di Manakah Kesudahannya yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di platform Facebook. Satu perkongsian yang menarik dan Marina pun dapat informasi yang bagus untuk dikongsikan dengan korang kat luar sana yang ada kawan, keluarga atau korang sendiri yang mengalami masalah pelencongan sosial yang ingin mengubah cara hidup ke arah positif tetapi tidak tahu nak merujuk dengan siapa.  

Para penceramah yang dijemput terdiri daripada Ustaz Rif'at Basya bin Halik Bassah (Pegawai Hal Ehwal Islam Undang-Undang Keluarga, Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju' Orang Islam Negeri Selangor), Encik Ahamad Faizal bin Awang (Pegawai Pencegahan & Kesedaran Awam AADK Negeri Selangor) dan Encik Fadzirul Akmal bin Mohd Sharif (Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS & AADK).

Mungkin korang dah tahu dan pada yang tidak tahu nak meminta bantuan pada siapa untuk bebas dari masalah pelencongan sosial ni. Di sini Marina nak bagitahu MAIS ada menyediakan rumah pemulihan bagi mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Bagaimana rumah pemulihan ini dapat membantu korang untuk menjalani kepada kehidupan yang lebih baik? Marina akan kongsikan selanjutnya di bawah. 

Pelencongan sosial




Apakah yang Dimaksudkan Dengan Pelencongan Sosial?

Sebelum Marina kongsikan dengan lebih lanjut mengenai program pemulihan yang dilaksanakan oleh MAIS, izinkan Marina kongsikan serba sedikit apa yang dimaksudkan dengan pelencongan sosial. 

Pelencongan sosial adalah jenayah yang dilakukan oleh individu yang menyalahi dari segi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman. Terdapat beberapa kategori pelencongan sosial antaranya :
#1 Jenayah Syariah
#2 Senario Ancaman Dadah
#3 Masalah Sosial Asnaf Riqab 


#1 Pelencongan Sosial Jenayah Syariah

Antara contoh-contoh kes yang pernah dikendalikan bagi pelencongan sosial jenayah syariah adalah :
• Kecurangan pihak-pihak seperti yang terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah seksyen 25 dan 29.
- Seksyen 25 : Persetubuhan luar nikah
- Seksyen 29 Khalwat
• LGBT terkandung dalam Enakmen Jenayah Syariah seksyen 27, 28, 30 dan 31.
- Seksyen 27 : Hubungan jenis antara orang yang sama jantina
- Seksyen 28 : Persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii
- Seksyen 30 : Lelaki berlagak seperti perempuan
- Seksyen 31 : perbuatan tidak sopan di tempat awam
• Gangguan terhadap rumahtangga seperti dalam Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 32, 33 dan 34
- Seksyen 32 : Memujuk lari perempuan bersuami 
- Seksyen 33 : Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri
- Seksyen 34 : Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan 


#2 Senario Ancaman Dadah dan Pelencongan Sosial Pada Masa Kini

Pelencongan sosial yang sering dikaitkan dengan permasalahan dadah adalah seperti berikut :
• Jenayah ragut/mencuri
• Melepak/Vandalisme
• Ponteng sekolah
• Keciciran sekolah
• Pergaulan bebas/Seks bebas
• Ketagihan gajet
• Penyalahgunaan bahan


#3 Asnaf Riqab dan Masalah Sosial

Al-Riqab adalah belenggu yang menghalang seseorang daripada bebas dan merdeka. Sebelum ini Marina pernah kongsikan kriteria seorang Asnaf Riqab dan kategori-kategori Asnaf Riqab yang terbahagi kepada dua iaitu masalah sosial dan masalah akidah DI SINI.




Fungsi-Fungsi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab oleh MAIS bagi Membantu Memulihkan Masalah Pelencongan Sosial

Berikut adalah fungsi-fungsi Bahagian Pemulihan Ar-Riqab bagi membantu memulihkan atau mereka yang memerlukan perlindungan dari masalah pelencongan sosial :
• Mengurus perkhidmatan perlindungan, bimbingan, pemulihan, Rawatan Spiritual Islam (Modul Istitabah) dan kaunseling kepada individu dan kumpulan umat Islam yang memerlukan pemulihan akidah dan akhlak serta menguruskan kewangan peruntukan sumber zakat (riqab), merancang, melaksana dan memantau aktiviti pentadbiran am di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Ulu Yam Bharu.
• Mengurus perkhidmatan perlindungan, pemulihan dan kaunseling kepada kumpulan wanita dan gadis yang terlibat dengan gejala sosial dan akidah di Pusat
Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.
• Mengurus dan menyelia hal ehwal pentadbiran Baitul Islah bagi tujuan pemulihan asnaf Riqab (HIV).
• Melaksanakan proses Istitabah dan proses penasihatan akidah atas perintah Mahkamah Tinggi Syariah dan Istitabah secara sukarela serta melaksanakan program-program pemulihan asnaf riqab.
• Menyelaras dan mengurus pendaftaran asnaf Riqab dan Rumah-Rumah Pemulihan Riqab.
• Mengurus geran sukuan Rumah-Rumah Pemulihan Riqab serta merancang dan melaksana bengkel-bengkel dasar-dasar pemulihan Riqab.
• Mengurus dan menyelia pemulihan asnaf Riqab melalui khidmat nasihat, guru pembimbing riqab serta sukarelawan riqab.
• Mengenalpasti, menyiasat dan mendaftar permohonan bantuan kepada asnaf riqab dan mengurus tuntutan pembekalan makanan kelas bimbingan asnaf riqab.
• Mengurus, merancang dan melaksana Peruntukan Kewangan Asnaf Riqab.
• Mengurus, merancang dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Riqab.


Senarai Rumah-Rumah Pemulihan Al-Riqab oleh NGOi yang berdaftar Di Bawah MAIS

Berikut adalah senarai rumah-rumah pemulihan Al-Riqab yang berdaftar di bawah MAIS bagi membantu MAIS dalam menjalankan pemulihan, perlindungan dan juga rawatan kepada Asnaf Al-Riqab yang terjebak dalam masalah pelencongan sosial. 

Terdapat 27 buah rumah-rumah pemulihan Al-Riqab yang disediakan oleh NGOi yang begitu komited bagi menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab bagi membantu mereka yang terlibat dalam masalah dadah, HIV, masalah sosial masalah mental, LGBT dan juga OKU. Rumah-rumah ini dikategorikan mengikut masalah yang dihadapi oleh golongan asnaf Al-Riqab ini.

Rumah pemulihan Riqab

Rumah perlindungan







Pusat Pemulihan - Rumah Pemulihan Majlis (RPM) oleh MAIS

MAIS melalui Bahagian Pemulihan Riqab menyediakan pendekatan rawatan yang khusus bagi merawat penghuni-penghuni. Berikut adalah Rumah Pemulihan Majlis (RPM) yang dikendalikan sepenuhnya oleh MAIS dalam melaksanakan pemulihan dan rawatan penghuni-penghuni rumah :
• Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan
• Pusat Permurnian Akidah Baitul Iman
• Pusat Pemulihan Baitul Islah


Kategori Kemasukan ke Rumah Pemulihan Majlis (RPM) 

Berikut adalah merupakan kategori bagi kemasukan ke Rumah Pemulihan Majlis (RPM) :
• Perintah Mahkamah
• Sukarela
• Perlindungan


Hubungi MAIS untuk Meminta Bantuan

Pada korang yang mengenali atau korang sendiri merupakan golongan Ar-Riqab yang mengalami masalah pelencongan sosial dan tidak tahu hendak meminta bantuan pada siapa, korang boleh hubungi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu di :

Bahagian Pemulihan Ar-Riqab
                             03-33614080                                
 
Website :
http://www.mais.gov.my/al-riqab/


Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat bermanfaat tentang pelencongan sosial.

    ReplyDelete