Anak-Anak Pakai Cermin Mata Anti Blue Light Dari Optom Eyecare Bangi untuk Melindungi Mata Dari Bahaya Cahaya Biru Pada Skrin Gajet

Anak-Anak Pakai Cermin Mata Anti Blue Light Dari Optom Eyecare Bangi untuk Melindungi Mata Dari Bahaya Cahaya Biru Pada Skrin Gajet | Marina sedar cahaya biru dari gajet adalah sangat bahaya, bukan sahaja pada mata kanak-kanak tapi malahan orang dewasa seperti kita juga. Oleh itu, menjaga mata kanak-kanak semasa menggunakan gajet terutamanya telefon bimbit adalah sangat penting. Makanya Marina belikan cermin mata anti blue light untuk kanak-kanak di kedai cermin mata Optom Eyecare Bangi untuk melindungi mata anak-anak daripada terdedah kepada blue light.

Penggunaan telefon bimbit, laptop, komputer atau gajet yang lain sudah menjadi satu keperluan untuk anak-anak Marina. Makanya anak-anak Marina memang ada telefon bimbit seorang satu. Agak susah hendak berkongsi telefon sebab masing-masing ada kelas online pada waktu dan hari yang sama. Entah bilalah sesi persekolahan secara bersemuka boleh dibuka semula. Maknanya anak-anak Marina masih perlu teruskan sesi PdPR untuk persekolahan. Anak yang tadika pon belajar secara online sahaja memandangkan Marina pon bekerja secara bergilir, nak menghantar anak ke tadika semasa Marina bekerja dari rumah terasa malas pulak. 




Kesan Penggunaan Gajet yang Terlalu Lama Pada Mata Kanak-Kanak

Jika kita sebagai ibu bapa tidak mengambil langkah yang sepatutnya mengenai penggunaan gajet yang terlalu lama terhadap anak-anak, ianya akan menyebabkan kesihatan mata anak-anak akan semakin terjejas dari sehari ke sehari. Penggunaan gajet yang terlalu kerap dan terlalu lama akan menyebabkan :

#1 Penglihatan Mata Kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.

#2 Mata Kering

Kedudukan kanak-kanak semasa menggunakan alat peranti yang tidak sesuai akan menyebabkan mata kering, mata penat dan kesakitan di bahu dan leher.

#3 Peningkatan Miopia (Rabun Jauh)

Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.

Keistimewaan dan Kelebihan Spek Mata Anti Blue Light untuk Kanak-Kanak Dari Optom EyeCare Bangi 

Apa keistimewaan cermin mata cahaya biru dari Optom Eyecare ini berbanding yang dijual di kedai aplikasi online? Memang tak dinafikan cermin mata anti blue light yang dijual di platform online jauh lebih murah daripada kedai optometris. Tapi kualiti sama sekali sangat berbeza! Ye memang betul Marina tak pernah beli cermin mata di aplikasi online sebab Marina ada terbaca aduan dari pelanggan yang membeli di platform online berbanding di kedai cermin mata mengatakan di platform online kualitinya tak bagus. Memang nampak sama design dia tapi kualitinya tak sama. Rugi je beli tapi kita tak tahu keberkesanannya pada mata anak-anak. Apa yang menyebabkan Marina dapatkan cermin mata anti blue light dari Optom Eyecare Bangi :

#1 Pelbagai warna bingkai yang menarik minat anak-anak 

Mostly warna bingkai yang Marina tengok di Optom Eyecare ni adalah berwarna soft dan berwarna pastel seperti soft pink, baby blue, soft purple dan macam-macam lagi. Tapi warnanya tidak terhad kepada warna soft sahaja. Terdapat juga warna-warna yang garang seperti warna hitam, merah dan blue black.

#2 Material khas mudah lentur dan tahan

Material yang digunakan adalah jenis seperti silica gel. Lembut, selesa dan sesuai dipakai untuk kanak-kanak terutamanya mereka yang lasak.

#3 Direka untuk rasa lebih ringan sesuai dengan aktiviti kanak-kanak 

Apabila pakai cermin mata anti blue light ni, anak-anak tak rasa rimas sebab ianya ringan dan beban tangkai yang diletakkan di telinga tak terasa.

#4 Fitting frame-face direka tak mudah tertanggal

Tak perlu risau tentang fitting frame kerana ianya direkabentuk supaya tidak mudah tertanggal. Anak-anak nak melasak sambil pakai cermin mata pon cermin matanya still ok lagi.

#5 Kurangkan keletihan mata dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan

Fungsi yang paling penting cermin mata anti blue light ni adalah untuk melindungi mata kanak-kanak daripada bahaya cahaya biru. Cermin mata anti blue light ni dapat mengurangkan keletihan mata anak-anak dan dapat menjaga mata anak-anak daripada rosak. 



Pengalaman Anak-Anak Marina Menggunakan Cermin Mata Anti Blue Light dari Optom EyeCare

Semasa hendak membeli cermin mata anti blue light dari Optom Eyecare ni, anak-anak Marina yang pilih sendiri warna bingkai cermin mata. Apabila terima parcel dari Optom Eyecare, anak Marina sangat excited. Marina sangkakan anak-anak Marina tak suka pakai cermin mata sebab Marina yang pakai cermin mata ni pon terasa agak rimas. Tapi jangkaan Mariana meleset. Most of the time anak Marina pakai cermin mata ni di rumah walaupun tak main gajet.

Apa yang Marina share dekat sini adalah berdasarkan pengalaman anak-anak Marina sendiri. Lain orang lain lah pendapatnya kan? Bila Marina tanya anak Marina best ke pakai cermin mata ni? Diorang kata best, sebab mata rasa selesa dan imej pada gajet nampak terang.




Tak Risau Anak Menggunakan Gajet Dengan Adanya Cermin Mata Anti Blue Light 

Apabila anak-anak memakai cermin anti blue light semasa bermain telefon bimbit ni, Marina dah kurang risau dengan kesihatan mata anak-anak. Ye lah, mana kita nak kurangkan penggunaan gajet terhadap anak-anak kan? Persekolahan anak-anak pon dah mengambil masa lebih daripada 5 jam sehari. Penggunaan spek mata anti blue light ni adalah satu langkah yang terbaik untuk menjaga mata anak-anak. 

Pada parents yang risau tentang penggunaan gajet yang berleluasa terhadap anak-anak, korang boleh dapatkan cermin mata anti blue light ini dari Optom Eyecare Bangi. Walaupun harga mencecah ratusan ringgit, tapi untuk jangka masa panjang, ianya sangat berbaloi untuk kesihatan mata anak-anak. Korang boleh pergi ke kedai cermin mata mereka di Bangi atau Alor Setar, Kedah atau boleh dapatkan dan hubungi mereka secara online.

Post a Comment

12 Comments

  1. These eye wears are good for kids who love screening and gaming. And it looks cute too. Ada utk adult x? Hehehe.

    ReplyDelete
  2. Untuk yang dewasa cam kita ada? Dah makin lama menatap laptop sejak WFH nie, memang sangat perlukan bantuan untuk kesihatan mata.

    ReplyDelete
  3. Artikel yang menarik kerana kebanyakan kanak-kanak sekarang banyak guna gadget. As an adult, even I need it too haha.

    ReplyDelete
  4. Marsha pun sediakan spek mata blue light untuk anak-anak seawal 2 tahun...nak jaga mata dorang ni memang kena ajar dari kecil

    ReplyDelete
  5. anak2 un memang pakai ni supaya mata terjaga, dah try 1 best, terus order lagi 2 unit, untuk sorang satu.

    ReplyDelete
  6. Bagus ni, anak sedara pun pakai ni, terpijak pun tak apa-apa kann.. ingat nak beli juga untuk diri sendiri hehehee

    ReplyDelete
  7. Musim pandemik ni mmg penting anak2 guna spec ni.. untuk jg kesihatan mata

    ReplyDelete
  8. That's a very nice glasses for the little ones. now they online everyday need it

    ReplyDelete
  9. Bagus la, macam ni baru lah ada protection, I pun pakai Cermin Mata Anti Blue Light.

    ReplyDelete
  10. Wow, ada kacamata khas. Boleh try ni. since kita kasi anak tengok phone hari hari tertentu je. Boleh suh diorang amalkan sebelum tengok phone nanti

    ReplyDelete
  11. cantiklah warna biru muda ni... berkenan juga nak belikan untuk anak2 boleh lindungi mata diorang kan

    ReplyDelete
  12. love the colour of the frames and how functional these specs are! got to recommend this to my nephew

    ReplyDelete