Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021 Dengan Baju Raya Sedondon Dari Pusat Pakaian Hari-Hari

Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2021 Dengan Baju Raya Sedondon Dari Pusat Pakaian Hari-Hari | Setiap tahun Marina mesti beraya di rumah parents sebab kampung sebelah Marina dan husband di Ipoh je. Tahun ni cadangnya akan beraya di rumah parents juga bersama adik-beradik. Arwah ayah baru je meninggal dunia awal bulan 4 yang lepas. Arwah mama dah meninggal 6 tahun yang lepas. Tinggal kami adik-beradik je raya tahun ni. Korang amacam? Dah shopping baju raya ke tu? Dah decide warna tema tahun ni? Excited Marina nak kongsikan dengan korang masa Marina pergi shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari haritu. Raya Tahun 2021 ni, Pusat Pakaian Hari-Hari mengeluarkan Koleksi Raya Hari-Hari yang menarik tau. Rambang mata tengok koleksi di sini. Berjam-jam jugaklah memilih baju raya yang berkenan di hati. Kalau shopping kat shopping mall biasanya susah nak cari baju raya ready made yang sedondon, saiz tak ngam dan mesti tak cukup korum. Kalau jumpa saiz baju anak, ibu punya pulak tak jumpa saiz. Susah jugak nak cari sedondon kan? Kalau ada yang sedondon dan saiz ngam, biasanya yang ada jenama dan harganya mahal kan? Marina dulu pon beli kain dan tempah baju raya kat tukang jahit supaya baju raya kiteorang sedondon. 

Tak dapat balik kampung beraya sebab tak boleh merentas negeri, bukan alasan untuk kita nak bersedih. Kita masih boleh ber OOTD dan mengambil gambar raya sekeluarga untuk dijadikan kenangan kan? 

Tinggal kurang lagi 2 minggu je Hari Raya Puasa nak menjelang tiba. Nak tempah baju raya pon dah tak sempat kot. Tak tahu mana nak cari baju raya sedondon ready made? Korang sempat lagi cari baju raya sedondon kat Pusat Pakaian Hari-Hari! Jom Marina tunjuk antara koleksi yang ada di sini. 




Banyak Design Baju Raya yang Menarik di Pusat Pakaian Hari-Hari 

Serius Marina tak tahu kat Pusat Pakaian Hari-Hari ada koleksi baju raya. Sebelum ni Marina pernah beli baju sekolah kat sini. Puas hati dengan kualiti baju sekolah yang dijual di sini. Kalini nak beli baju raya plak. Apa yang bestnya shopping baju raya kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni? Sebab-sebab Marina beli baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari :

Koleksi Raya Hari-Hari

Kat sini banyak sangat pilihan baju raya sampai nak pilih yang paling cantik pon susah. Selain dari baju raya, kelengkapan lain seperti songkok, samping dan butang baju melayu juga boleh didapati di sini. 



Harga Koleksi Hari Raya yang Berpatutan

Harga Marina punya baju raya RM99.90!  Susah nak dapat harga sepasang baju raya dewasa RM100 ke bawah kan? Dahlah cantik pulak tu. 


Kualiti Baju Di Pusat Pakaian Hari-Hari

Marina berpuas hati dengan kualiti baju di sini. Potongan baju dia cantik je terletak. Tak besar dan tak kecil, ngam je, tak perlu diubahsuai bagi kecik atau besar. Kain baju raya yang Marina pilih ni cantik, selesa dipakai dan yang penting tak panas. 

Free Gift Sedondon Bersama Hari-Hari! 

Seronok dapat FREEGIFT bila shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari-Hari. Korang akan dapat FREEGIFT iaitu :
• Paket Raya (sampul duit raya) untuk pembelian RM100 dan keatas bermula pada 23/4/2021. Comel kot sampul duit raya dia.  
• Beg purple untuk pembelian RM200 dan ke atas bermula pada 23/4/2021.

Total harga baju raya untuk Marina dan anak-anak ialah RM324.60. Husband dah ada baju raya, so dia tak beli. Hahaha. So Marina dapatlah FREE gift beg purple dan paket raya tu. Berbaloi kan dapat baju raya 4 pasang dengan harga ni? 



Membeli-Belah di Baju Raya Pusat Pakaian Hari-Hari

Apa yang Marina suka membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari ni sebab staffnya helpful. Diorang takde nak follow je kita mencari baju, tapi bila kita memerlukan mereka, mereka ringan je nak membantu. 

Walaupun musim Covid-19, di Pusat Pakaian Hari-Hari ni, SOP tetap dijaga ye. Sebelum masuk ke kedai perlu scan dan check suhu terlebih dahulu. 

Sekarang, Pusat Pakaian Hari-Hari mempunyai 85 cawangan di seluruh Malaysia. Sebanyak 5 cawangan baru akan dibuka di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah pada tahun 2021 ini. Banyakkan cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Bolehla korang walk in dan shopping di sini. 

Pada yang hendak shopping baju raya, t-shirt, seluar, kasut dan macam-macam lagilah, tapi lebih selesa nak shopping secara online untuk menghidari sesak lagi-lagi musim Covid-19 ni atau takde Pusat Pakaian Hari-Hari yang berdekatan tempat korang, korang boleh buat pembelian secara online di www.ehari.com atau shopee Hari-Hari dan korang boleh nikmati diskaun sebanyak 15%.


Nak tengok Marina sekeluarga berbaju raya? Tunggu nanti first raya, Marina up gambar di facebook okeh. Hihihi. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Marina sekeluarga. 

Maklumat Pusat Pakaian Hari-Hari :
Instagram : 

Post a Comment

15 Comments

  1. bestnya shopping kat hari2 ni. dah la murah kan. memang sakan lah raya ni ye

    ReplyDelete
  2. Pergi setempat boleh settle pakaian raya anak beranak? Macam nie la yang best especially time covid - takde merayap banyak tempat kan. Harga pun berpatutan kan?

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi bershopping kat pusat pakaian hari-hari ni, cantik2 jugak ya baju dia. Nanti nak pergi lah bershopping kat sana

    ReplyDelete
  4. Amboi cantiknya warna pilihan sedondon haaa. Akak pun dah beli baju dekat hari2. kali memang cari yang sedondon jer warnanya. Tak dapat balik kampung raya tetap kena raya. Budak2 ni walaupun tak faham kenapa tak boleh pergi mana-mana tapi tetap kita mak ayah kena bagi penerangan yang betul dan pastikan mereka tetap bergembira di hari raya.

    ReplyDelete
  5. Cantik juga baru kat Hari Hari ni ye, Awa sndiri tak beli lagi baju untuk anak-anak. Kebetulan HariHari dekat je ngan umah, nanti bolehlah bawa anak pergi beli, InshaAllah

    ReplyDelete
  6. bercakap mengenai hari-hari ni, teringat kenangan masa kecik-kecik zaman sekolah dlu . tiap kali nak raya mesti mak ayah ajak pergi ke sana. kiteorang pun ikut laaa hmm mengimbaunya rinduuuu

    ReplyDelete
  7. Wah marina dah setel baju raya ye...cantik2 kan baju dekat hari hari ni

    ReplyDelete
  8. alahai comelnya pakai sedondon.. suka tengok anak2 ceria di hari pertama. Mesti excited berbaju cantik

    ReplyDelete
  9. Wah! Tak sangka ya banyak juga cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari ni... Kalau kat daerah kami sekeluarga ni pun ada, memang nak pergi survey juga nih... Tapi tu lah, case makin meningkat, kami beli online je tahun ni... Kami sekeluarga pun memang akan pakai sedondon di Aidilfitri... Seronok tengok sama je semua, senang nak cam... Hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Wah cantiknya. Memang ngam2 je baju dengan anak2 Marina. Mesti ada banyak pilihan saiz, kan?

    ReplyDelete
  11. Pusat Pakaian Hari-Hari ni best terutama bab pakaian anak-anak. Saya nak pi nanti utk cari songkok anak. Murah dan ada saiz.

    ReplyDelete
  12. Dulu rajin juga shopping kat sini lagi2 bila nak balik kampung! My grandma loves seluar beli kat sini! Actually banyak juga produk2 dia kan!

    ReplyDelete
  13. Ni gedung pasaraya tempat adik Sis suka membeli.. di Johor ada gak, memang banyak pilihan dan harga pun berbaloi-baloi..

    ReplyDelete
  14. Such a nice place to gget your Raya clothings, although this year celebrate at home but pakai cantik also makes u happy.

    ReplyDelete
  15. Setuju sangat.. Pakaian Hari-Hari memang murah dan kualiti pun cun. Kak nina pun sekeluarga baju Raya Hari-Hari

    ReplyDelete