Servis Rekabentuk Dalaman Rumah Dengan Bajet Rendah Dengan Design Collection IDW

Servis Rekabentuk Dalaman Rumah Dengan Bajet Rendah Dengan Design Collection IDW | Hiasan dalaman rumah yang cantik merupakan idaman setiap orang kan? Zaman Marina bujang dulu, Marina suka lukis arrangement perabot untuk setiap sudut di dalam rumah. Lukisan takdelah lawa pon, cuma hanya bayangan kat minda je yang lawa. Marina suka pada kecantikan dan kekemasan, tu yang minat nak menghias sesuatu ruang di dalam rumah. Marina selalu mencari gambar-gambar setiap sudut di rumah untuk menjadikan inspirasi menghias rumah. 

Ada di antara korang yang nak upah interior design untuk melakukan rekabentuk dalaman tapi bajet terhad? Kini dah ada buku Design Collection IDW Design & Build ni, korang boleh jadikan panduan untuk melakukan hiasan dalaman sendiri. Buku ni memudahkan Marina nak rujuk kalau nak melakukan susun atur di rumah. 

Buku Design Collection ini adalah hasil daripada pengasas IDW design & Build Sdn. Bhd. sendiri. Nak tahu lebih lanjut latar belakang IDW Design & Build Sdn. Bhd.? Marina pon tertarik dengan kisah di sebalik kejayaan pemilik syarikat IDW Design & Build Sdn. Bhd. ini. 



Cabaran Membina IDW

Pada tahun 2007, IDW Design & Build (IDW)  memulakan syarikat pembinaan dan reka bentuk dalaman, ketika pemiliknya masing-masing berusia 21 tahun. Ketika itu masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Penubuhan syarikat didorong setelah menerima tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.7 juta.

Disebabkan kurang pengalaman dan faktor umur yang masih muda, pasangan ini seringkali ditipu oleh kontraktor dan berhadapan dengan bebanan hutang. Tekad dan keazaman yang kuat menjadi pembakar semangat buat pasangan ini menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dan seterusnya ke peringkat Sarjana. Dalam masa yang sama menguruskan perniagaan IDW.

Pada usia 24 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM7.4 million. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. 

Lokman Hakim sebagai Pengarah Urusan IDW pernah digagalkan oleh pensyarah dalam salah satu subjek di Sarjana akibat kurang memberikan komitmen masa dalam pembelajaran. Pasangan ini juga terus berhadapan dengan kontraktor yang seringkali mengambil kesempatan, dan akibatnya mereka terpaksa menanggung kerugian. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 setelah mengharungi pelbagai onak dan duri dalam dunia perniagaan. Mereka meneruskan tekad untuk membina empayar IDW walaupun terus berdepan pelbagai cabaran dan rintangan serta menanggung liabiliti hutang akibat ditipu oleh kontraktor.

Pengasas IDW dan isteri

Tragedi Kebakaran Menjadi IDW Lebih Kuat

Pengalaman ngeri yang membuka minda Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW. Tragedi kebakaran IDW New Zealand pada tahun 2017 yang hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan ketika percutian keluarga hangus dijilat api.

Bertitik tolak dari tragedi itu, menjadi ‘push factor’ untuk pasangan ini mendidik dan membentuk team yang lebih kukuh di IDW agar dapat meneruskan legasi perniagaan IDW. Tekad mereka untuk membantu 1 juta pemilik kediaman memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.



Fenomena COVID - Permintaan IDW semakin meningkat!

Tahun 2020 menyaksikan perubahan besar dalam sejarah negara dan juga seluruh dunia dengan penyebaran virus COVID. Akibatnya seluruh negara berhadapan ‘total lock down’ dan semua individu hanya duduk di rumah.

Bersikap sentiasa bersedia menghadapi apa juga cabaran, Lokman Hakim, Rabiatul Adawiyah dan seluruh team IDW telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan pelbagai kemungkinan. Sasaran utama untuk lebih fokus, mengkaji kembali kemungkinan yang sukar diramal dan bersiap sedia untuk lebih berusaha memberikan yang terbaik.

Disebabkan arahan kawalan pergerakan menyebabkan ramai yang mahukan ruang kediaman lebih selesa dan tidak membosankan. Kesannya, permintaan untuk mencantikkan ruang kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang lebih selesa untuk bekerja, belajar dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Disebabkan ‘New Normal’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Servis Eksklusif dan Harga Yang Perlu Dibayar 

Sebagai jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini, IDW berjaya mencipta ruang tampil mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan. Keberkesanan IDW dalam menzahirkan rekaan yang menepati cita rasa pelanggan, membuktikan setiap pelaburan pelanggan adalah berbaloi dengan hasil yang diperolehi. Malah IDW sebolehnya berusaha untuk memberi kesedaran kepada lebih ramai pemilik kediaman dalam mengenal pasti cita rasa dan rekaan yang berkualiti.

Servis reka bentuk di IDW bermula dari RM6k kadangkala mengehadkan kesedaran kepada semua pemilik untuk memiliki ruang yang cantik dan selesa.

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.


Pendapat Marina mengenai Buku Design Collection IDW

Pada Marina, buku ni sangat bermanfaat dan berbaloi dimiliki untuk mereka yang suka DIY menghias setiap sudut di rumah. Buku setebal 423 muka surat ini berkongsikan 200 rekaan dalaman di pelbagai sudut seperti di tempat makan, bilik tidur, dapur, ruang tamu, tempat keluarga dan ruang pejabat pon ada serta pelbagai ruang yang ada di dalam rumah. 
Buku ini complete dengan pelan sudut berkenaan, lukisan dan guideline untuk melakukan pengubahsuaian. Setiap lukisannya disertakan ukuran, susunan perabot dan ada juga disertakan material yang digunakan untuk sesuatu sudut. 

Kulit muka depannya tebal dan keras. Setiap helaian di dalam buku ini berwarna dan kertasnya menggunakan material yang berkualiti. Paling Marina suka ialah, kalau korang tak nampak details yang ditunjukkan di dalam buku kerana tulisan pada lukisan terlalu kecil, korang boleh scan QR code di dalam buku ini dan korang boleh melihat lukisan tersebut dengan lebih jelas di handphone dengan zoom kan lukisan tersebut.




Kenapa Perlu Dapatkan Design Collection dari IDW Ini?

Sempena Ulang Tahun Ke-15 dan Dengan Situasi ‘Normal Baru’ mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.

Dengan adanya Design Collection, IDW berusaha membantu merealisasikan impian dengan tawaran harga yang sangat mampu milik. Buku Design Collection menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman, lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi berserta rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi.

Kini korang boleh dapatkan "PLUG & PLAY" Interior Design Book pertama di Malaysia!
RAYA PROMO RM 397 (HARGA ASAL: RM2897)

Pertanyaan lanjut atau nak dapatkan buku design Collection IDW ini, korang boleh ke laman web atau media sosial mereka :

Website : 

Instagram : 


#IDWMalaysia
#IDWDesignCollection 
#FIRSTPLUGandPLAYINTERIORDESIGNBOOKINMALAYSIA
#idwdesignnbuild
#200exclusiveinteriordesignsin1book
#bestinteriordesigninmalaysia  
#houseinteriordesigninmalaysia  
#interiordesigninmalaysia
#topinteriordesigninmalaysia
#topinteriordesigninselangor
#topinteriordesigninshahalam
#minimalisthousedesign
#modernhouseinterior
#bohoroomdecor
#bohemiandecor
#contemporaryinteriordesign
#houseinteriordesigninselangor
#aestheticbedroom
#livingroomdesign
#bedroominteriordesign
#Interiordesignbumiputra
#outdoordecor
#famousinteriordesigners
#famousinteriordesignersinmalaysia
#artdecointeriordesign
#3droomdesign
#decorationdesign
#interiordesignnearme

Post a Comment

17 Comments

  1. Pernah nampak IDW buat sponsored post kat facebook. Memang cantik la design dia. Agaknya berapalah cost nak design macam tu.

    ReplyDelete
  2. IDW ni agak femes juga. Cuma tak berkesempatan nak tengok servis mereka. Sebab masa tu belum beli rumah dan tiada keperluan nak mencari ID. Sekarang, Ruby mencari idea utk deko. Rumah dijangka siap 2023. So, sambil menabung utk kos deko. Kita intai rekaan dalaman juga. Nak minimalist je. Hehehe. Nanti nk tengok IDW. Tq share kak!

    ReplyDelete
  3. personally buku ni memang best. sesuai sangat untuk kita buat rujukan. siap ada qr kod. besttt

    ReplyDelete
  4. Buku Design Collection IDW ni mmg laris katanya, bg yg mahu devo2 tu mmg bagus rujuk kat buku ni

    ReplyDelete
  5. Canrik juga design IDW ni. Saya berkenan tengok hehe lagi-lagi yang minimalist sebab saya tak suka banyak sangat benda.

    ReplyDelete
  6. Menariknya. At least ada idea nak ubahsuai. Kdg2 jeles tgk rumah org lawa2 sb pandai reka hias. Nanti ada rezki dpt umah bolehla rujuk atau dptkan khidmat IDW.

    ReplyDelete
  7. Dulu memang suka tengok buku design2 ruang dalam rumah macam nih. Sambil tengok sambil berangan gitu. So kira ok sangat ada buku ni supaya pembaca dapat menggunakan idea deko yang ada sambil berimaginasi untuk digunakan pada kediaman masing2.

    ReplyDelete
  8. Sis kalau dapat buku gini, memang ku belek sampai tak sudah keje kang, suka nengok ID iedea mereka, then boleh laa tiru=tiru sikit kan..

    ReplyDelete
  9. Ok. Nak ajak my friends belikan buku ni as hadiah to a friend that is getting her first home soon. Bagi idea kat dia kan

    ReplyDelete
  10. Bagus la ada buku Interior Design ni. Masih ingat lagi two years ago cari buku mcm ni tapi susah giler nak jumpa... Boleh beli la satu utk rujukan masa depan...

    ReplyDelete
  11. Ok sangat buat sesiapa yang nak cari idea untuk deko rumah. Kiat cuba ambil idea dari buku la ya? Kalau terus ada recommend servis orang yang buatkan setiap design tu mesti lagi best hee

    ReplyDelete
  12. memang lawa la bila tengok..suak tengok dekorasi macam ni.takpe bernagan dulu, mana tau suatu hari tercapai kan

    ReplyDelete
  13. Bagusnya.. Rasa kena ada buju ni. Mudah nak buat rujukan kannn? Sekurangnya ada ilmu dari pakar

    ReplyDelete
  14. Memang suka bab interior design ni sebab mmg sejenis yg suka deco rumah bg nampak modern. Nnt leh la rujuk idw

    ReplyDelete
  15. best yer buku ni, memberi inspirasi kan, especially sekarang kita banyak duduk di rumah. mesti lah nak rumah yang cantik dan kemas

    ReplyDelete