Bercuti di Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai - Husband Buat Kejutan Sempena Anniversary yang ke-10

Bercuti di Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai - Husband Buat Kejutan Sempena  Anniversary yang ke-10 Teringat pengalaman bercuti di Pulau Pangkor dulu. Waktu tu pergi honeymoon. Sekarang dah digelar Pulau Pangkor, Pulau Bebas Cukai. Waktu honeymoon tu, kiteorang ambil pakej yang disediakan oleh pihak pengurusan hotel Puteri Bayu Beach Resort. Masa tu pada kami, hotel ni lah yang menawarkan pakej yang menarik di Pulau Pangkor dengan harga yang berpatutan. Kiteorang bermalam 2 hari. Katil dihias dengan kelopak bunga mawar yang berbentuk heart. Pakej termasuklah candle light dinner di tepi pantai dan juga steamboat. Marina paling tak boleh lupa nasi goreng di situ. Memang tersangatlah sedap. Inilah salah satu sebab jugak kiteorang nak staycation di sini semula. (Macam ada je lagi Nasi goreng tu). Mujur dah boleh rentas daerah, bolehlah pergi bercuti di Pangkor, melapangkan minda sekejap. Nak berjalan-jalan tengok kedai duty free kat Pangkor ni. Best ke tak? 

Marina dah lama sangat tak menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor. Sejak Pangkor telah menjadi Pulau Bebas Cukai, inilah baru pertama kali Marina jejak ke Pulau Pangkor. Seawal seminggu dah buat preparation untuk sambut anniversary di tempat honeymoon dulu. Saje nak bawak anak-anak tengok tempat kiteorang honeymoon dulu.

Nak ke Pulau Pangkor ni ada 2 jeti. Satu di jeti Marina dan satu lagi di jeti Lumut. Kalau dari jeti Marina hanya mengambil masa 10 minit je untuk ke Pangkor, manakala dari jeti Lumut lebih kurang mengambil masa 40 minit. Kalau korang berminat nak tengok kapal TLDM, bolehlah naik feri dari jeti Lumut. Kiteorang naik feri dari jeti Lumut. Oh satu lagi, harga tiket di jeti Marina mahal sikit berbanding di jeti Lumut. 


[ Baca juga ] : Cherry Blossom di Jeju 


Harga Tiket Feri ke Pulau Pangkor 2021

Marina rasa harga tiket feri masih sama 2, 3 tahun yang lepas. Rasanyelah. Masa Marina pergi ni bulan 3/2021. Harga tiket feri dari jeti Lumut :

Dewasa           - RM14.00 pergi dan balik
Kanak-kanak - RM5.00 pergi dan balik

Harga tiket parking bertingkat pula RM15@18 untuk satu malam. Marina pon tak ingat dah berapa RM tapi dalam range tu la. 



Tentatif ke Pulau Pangkor

13/3/2021 (Sabtu) 

9.30 pagi - Keluar dari rumah pada pukul 9.30 pagi. Sebelum bertolak, kiteorang tapau McD untuk breakfast. Breakfast dalam kereta je. 

11.30 pagi - Sampai di Lumut. Kiteorang parking di parking bertingkat yang terletak di belakang stesen bas. Di situ parking berbumbung, takdelah panas kereta nanti. Kiteorang bercadang nak naik feri ke Pulau Pangkor awal sikit, tapi tiket feri yang ada ketika itu pukul 1.30 tengahari. So, kiteorang pergi lunch dulu di KFC. 

1.30 tengahari - Feri bergerak dari jeti Lumut. 

2.30 petang - Tiba di jeti Pulau Pangkor. Kiteorang naik van teksi pink ke Puteri Bayu Beach Resort, Pasir Bogak. 

3.30 petang - Punyalah lama duk fikir sebelum mengambil keputusan untuk pusing-pusing area Pangkor. Anak-anak nak mandi lautlah, nak mandi kolamlah. So masa terbuang kat situ. Akhirnya hasil perbincangan, kiteorang pusing area Pekan Pangkor. Kiteorang mintak reception call kan teksi (van pink). Sampai di pekan, kami pergi ke kedai duty free. Tak semeriah Langkawi, tapi oklah jugak. Belilah sedikit coklat sebagai buah tangan dari Pangkor. Setelah habis shopping, kiteorang ke tempat hentian teksi untuk balik ke hotel. Sebelum tu, kiteorang berjalan di kedai-kedai area yang berdekatan. Kiteorang singgah di kedai Asrah Collection untuk cari souvenir.  Husband terperasan iklan kereta sewa. RM100 untuk 2 hari. Oklah kan? Bolehlah pusing-pusing bawa kereta sendiri area Pangkor ni. 

6.00 petang - Aktiviti mandi-manda di swimming pool dan di laut.

7.00 malam - Siap-siap untuk makan malam.


14/3/2021 (Ahad)

9.00 pagi - Sebelum balik ke jeti Lumut, kiteorang sambung pusing-pusing dalam Pulau Pangkor. Kiteorang ke Teluk Nipah pulak. Actually nak ke Teluk Nipah dari Pasir Bogak tak boleh guna jalan tu pada masa tu sebab akak yang kereta sewa ni kata paip pecah, so jalan nak ke Teluk Nipah tu rosak akibat paip pecah. Akak tu kata dah lama jugak tak repair-repair. Makanya kiteorang pusing jauh ikut Pekan Pangkor dan lalu Teluk Dalam. Kiteorang breakfast di kawasan Teluk Dalam.  

12.00 tengahari - Pergi ke kaunter tiket untuk tanya waktu feri berlepas. Adik tu cakap, feri yang ada pukul 1.30 tengahari. Sebelum menunggu di tempat menunggu, kita kena lalu bahagian kastam terlebih dahulu. Marina pon terlupa Pulau Pangkor ni pulau duty free. Kiteorang tak dikenakan cukai pon. Tak banyak barang yang dibeli. Semasa menunggu di tempat menunggu, aunty yang jaga di situ kata feri jam 12.30 tengahari ada kekosongan. Rezeki kami dapat feri balik ke jeti Lumut awal sedikit.  




Menginap di Puteri Bayu Beach Resort

Di Puteri Bayu Beach Resort terdapat penginapan jenis hotel dan resort. Marina menginap di resort dia. Marina tengok bilik di Puteri Bayu Beach Resort ni tak banyak beza dengan 10 tahun yang lepas. Susun aturnya masih sama, biliknya luas. Bilik Marina mengadap laut. 
 

Melawat ke Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Kedai Duty Free

Terdapat beberapa kawasan kedai duty free ni. Tak tertumpu di Pekan Pangkor sahaja. Kedai bebas cukai ini juga terdapat di kawasan Pasir Bogak. Ada satu kedai duty free ni terletak betul-betul di bawah Coral Bay Resort, Pasir Bogak. Mudah nak shopping, turun lobi je, kedai duty free ada di situ. 

Masjid 1000 Selawat, Pulau Pangkor

Masjid Al Badr 1000 selawat ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Ianya merupakan masjid terpung yang pertama di Perak. Terletak di Teluk Gedung. If dari Pekan Pangkor nak ke Pasir Bogak, korang akan nampak lorong di sebelah kiri untuk ke masjid ni. Masjid ni satu jalan ke Kota Belanda. Korang akan jumpa Kota Belanda dulu, Masjid Terapung ni di sebelah kiri jalan. Cantik sangat masjid ni. Dinding diperbuat daripada jubin dan dihiasi dengan kalimah-kalimah.


OOTD sat sementara menunggu husband solat


Kota Belanda

Marina suka bawak anak-anak tempat bersejarah gini. At least diorang tahu sejarah sesebuah tempat tu. 

Batu Bersurat

Batu bersurat ni terletak berhampiran rumah penduduk Pangkor. Batu ni dah dipasang bumbung. Tiada parking khas untuk turun dan tengok batu bersurat ni. Anak-anak Marina tengok dari dalam kereta je. Tempatnya agak sempit, kebetulan betul-betul depan batu bersurat tu ada parking. Husband parking sekejap sebab Marina nak turun ambil gambar. 

Masjid Cina, Pulau Pangkor

Menurut abang yang jaga Masjid Cina ni, atau nama sebenarnya Masjid Al Khairiah, ianya dibina pada tahun 2016. Serius lawa masjid dia. Ianya terletak di Kampung Sungai Pinang Kecil. Kalau nak ke arah Teluk Dalam dari Pekan Pangkor, masjid ini terletak di sebelah kanan jalan. Terdapat perigi di dalam kawasan masjid ini. Diorang dah siap pasang pam untuk pam air ke atas. So, kalau nak ambil air perigi boleh bukak dari pili je. 





Surprise Anniversary yang ke-10 Dari Husband

Serius Marina tak sangka husband buat surprise gini lagi sekali. First birthday Marina tahun lepas, kalini anniversary kahwin pulak. Memang petang tu perasan ada deko-deko kat walkway dekat tepi kolam, tempat kiteorang candle light dinner dulu. Tapi waktu tu, takde terlintas langsung pon pasal surprise. Marina fikir mungkin ada yang buat birthday kat situ. Padahal Marina yang bank in kan harga steamboat pada yang incharge. Husband yang orderkan. 

Makanan dia memang Marina berpuas hati sangat. Serius banyak. Antara makanan yang kiteorang makan ialah of course ada Nasi Goreng, ketam, udang dan banyak lagi. Ketam dia besar-besar. Puas makan. Harga pon berpatutan. Nasi goreng dia sama ke tak dengan 10 tahun yang lepas? Of course la tak, tapi sedap. Habis tau nasi goreng tu. Cumanya bahan-bahan steamboat tu banyak tak abis. Tak larat nak makan dah. 

Banyakkan? Ni pun ada yang dah masuk dalam periuk


Percutian kalini, percutian yang akan Marina kenang sampai bila-bila. Seronok sebab dapat pergi melawat tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor ni. Dulu tak singgah pon ke tempat-tempat ni. Mujur tak ikutkan sangat anak-anak nak mandi laut dan kolam. Kalau tak, memang tak berpeluang melawat tempat-tempat menarik ni. 

Walaupun sekarang tak boleh merentas negeri, korang boleh je cari hotel sesiap kat Pulau Pangkor ni. Masa Marina pergi Pangkor ritu, tersangatlah ramai orang. Mujur dah booking sesiap. 

Korang yang nak merasa staycation yang luxury sikit di Pulau Pangkor bolehlah cuba Pangkor Laut Resort. Hotelnya terpisah dari Pulau Pangkor. Korang kena naik speed boat dari Pasir Bogak untuk ke sana. Marina google Pangkor Laut Resort ni, memang menariklah hotelnya. Lepas ni bolehlah simpan duit untuk merasa Pangkor Laut Resort pulak. 

Korang nak jana pendapatan sambil melancong? Maklumat lanjut boleh rujuk SINI

Post a Comment

20 Comments

  1. Wahh bestnyaa. Anak2 pon nampak enjoy kat sana ..

    ReplyDelete
  2. Impian yg belum tercapai ialah nak ke pulau pangkor...

    ReplyDelete
  3. Happy Anniversary Marina.. Kak Sue pun plan nak repeat lagi pi Pulau Pangkor. Nampak ada banyak dah berubah..

    ReplyDelete
  4. Nampak banyak juga perubahan kat Pulau Pangkor ni. Memang lama dah tak pergi. Pergi dulu pun masa anak kecik lagi. Masjid 1000 selawat tu sangat cantik!. Sis terpesona dengan ukiran dinding tu. Untunglah ada yang surprise kan...

    ReplyDelete
  5. Rawlins dan kengkawan rancang nak ke Pangkor sebelum PKP 1.0 dulu. Lagi 2 hari sebelum tarikh berlepas diumumkan PKP. Huhu. Sampai la nie tak pergi lagi. Tak sabar nak pegi.

    ReplyDelete
  6. So nice of your husband for surprising you in the trip ;)

    ReplyDelete
  7. wah happy anniversary sis! khai pun dah lama tak pergi pangkor dah tak ingat bila last rsanya dalam 10 tahun lepas kot. hhahaaha nama je orang perak. nanti ada rezeki nak ke sana lah

    ReplyDelete
  8. Belum sampai Pulau Pangkor. Lawa la masjid tu warna merah dengan bentuk pintu bulat. Btw, selamat ulangtahun buat Marina!

    ReplyDelete
  9. Pulau Pangkor ni saya pernah pergi sekali je, tapi mungkin sebab tempat yg kami stay tu tak berapa menarik, jadi rasa macam kurang impressed sikit. Teringin nak pergi Pangkor Laut pulak.

    ReplyDelete
  10. Dah banyak kali ke Pangkor tapi tak pernah sampai kat Masjid ni lagi..
    Cantik dan unique ye...

    ReplyDelete
  11. Wah kejutan anniversary. Seronok bila dapat bercuti dengan famili. Esp bila ke pulau

    ReplyDelete
  12. Wah... Alhamdulillah. Tahniah 10thn anniversary. Seronok nya dapat surprised. Moga berbahagia selalu. Aamiinnn

    ReplyDelete
  13. Best sangat..Pernah bercuti dekat sini, memang percutian paling bermakna

    ReplyDelete
  14. Pernah pergi Pulau Pangkor tapi dah lama dulu. Tak ingat dah macam mana suasana kat sana.

    ReplyDelete
  15. wak dh lama x gi pangkor.. tuari keje kat lumut pon x sempat nk lawat pulau .. 😅

    ReplyDelete
  16. Bestnyaaaa 🤩 dni belum.pernah sampai ke pangkor. Teringin nak ke sana

    ReplyDelete
  17. Seronoknya aktiviti macam ni. Rindunya nak jalan2

    ReplyDelete
  18. Pulau Pangkor ni sekali je pernah pergi, main terjah, time tu bulan puasa, so memang duduk dalam van pink ronda jee satu pulau, xlarat hahahaha.. nanti nak stay sini gak laa kalau dpt ke sana

    ReplyDelete