Servis Repair Laptop Dengan Harga Murah dan Perkhidmatan Ambil Dan Hantar Berpusat Di Seri Kembangan Oleh Techouz

Servis Repair Laptop Dengan Harga Murah Beserta Perkhidmatan Ambil dan Hantar Berpusat Di Seri Kembangan Oleh Techouz | Korang pernah dapatkan servis repair laptop di area Seri Kembangan, Putrajaya, Kajang, Bangi atau Gombak? Apa persamaan kedai repair laptop di kawasan yang Marina sebut ni? Korang pernah dengar mengenai Techouz? 

Marina pasti pada zaman sekarang ni majoriti student universiti memiliki laptop sendiri. Laptop dah menjadi satu keperluan untuk setiap pelajar. Ianya memudahkan para pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh lecturer. Yang tak bestnya time laptop corrupt. Time nak kejar dateline lah, laptop buat hal. Bukan student universiti je yang mengalami masalah ini, semua pengguna laptop akan alami perkara yang sama. 

Dulu, masa Marina belajar di Universiti Putra Malaysia, Marina belajar dalam bidang engineering. Hostel dan kampus engineering terasing jauh dari kampus utama, admin building dan kedai pon agak jauh. Pada awal semester, Marina tiada kenderaan sendiri untuk ke sana sini. Bas ada disediakan untuk masuk ke kampus utama tapi makan masa yang lama, sejam sekali. Jenuh nak tunggu. Kadang-kadang bas tak lalu pon. Bila terkenang masa tu agak menyedihkan jugaklah. 

Jika dibandingkan dengan masa Marina study dulu, untung student sekarang. Kalau nak repair laptop tak perlu dah pergi ke kedai. Boleh terus booking secara online je. Haaa korang tau tak? Marina pon baru tau ni. Nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis.

 


Mengenai Techouz.com

Techouz.com merupakan website yang menghimpunkan technician untuk baiki laptop atau PC yang berpusat di Seri Kembangan, Selangor. Mereka menawarkan servis repair laptop dengan harga yang murah di area Seri Kembangan, KL, Bangi, Kajang, Putrajaya dan Gombak. Mungkin ada di antara korang yang tidak tahu, bukan semua masalah yang dialami oleh laptop atau pc korang, technician tahu nak repair. Tak ye. Kadang-kadang kita pergi ke kedai tersebut menyatakan masalah laptop kita, tiba-tiba technician kata dia tak buat servis tu. Tak ke masa, tenaga dan duit korang terbuang macam tu je? Di sinilah Techouz.com dapat membantu memudahkan urusan korang untuk mendapatkan perkhidmatan membaiki laptop. 

Kenapa Memilih Perkhidmatan Dari Techouz.com untuk Servis Laptop atau PC?

Sebelum korang mencari kedai untuk baiki laptop korang, korang boleh mendapatkan perkhidmatan di Techouz terlebih dahulu dengan melayari website mereka. Inilah antara sebab-sebab korang perlu mendapatkan perkhidmatan dari Techouz.com:

#1 Korang boleh memilih kedai yang boleh membaiki masalah laptop korang. Korang boleh decide sendiri technician mana yang korang nak untuk repair laptop atau pc korang.

#2 Korang boleh membandingkan harga dan dapatkan harga yang terbaik dengan technician-techincian yang ada di website Techouz. 

#3 Korang boleh booking perkhidmatan terus di website untuk repair laptop. 

#4 Yang bestnya, Techouz akan menghantar runner untuk ambil laptop korang dan akan menghantar laptop korang setelah dibaiki.Cepat dan mudahkan urusan korang. Tak perlu pergi survey satu-satu kedai.

#5 Korang tidak perlu membuat pembayaran terlebih dahulu untuk baiki laptop. Korang boleh bayar setelah laptop atau pc telah siap dibaiki. Tiada caj tersembunyi yang dikenakan. 



Bagaimana Cara Techouz.com Memudahkan Urusan Membaiki Laptop?

Cara-cara untuk menggunakan servis repair laptop di Techouz.com. Mudah sangat nak dapatkan perkhidmatan dari Techouz. 

#1 Layari laman web https://www.techouz.com

#2 Masukkan jenis servis yang diperlukan untuk laptop atau pc korang.

#3 Masukkan lokasi korang.

#4 Selepas itu akan keluar list kedai yang menawarkan servis yang baiki masalah laptop akan dipaparkan.

#5 Korang boleh pilih dari list yang dipaparkan mengikut bajet korang.

#6 Tunggu runner datang pick up laptop di lokasi korang.

#7 Selepas laptop atau pc sudah dibaiki, korang boleh membuat pembayaran secara online atau secara cash. 


Servis Laptop atau PC yang Boleh Didapati Di Techouz.com

Masalah laptop ni banyak cabangnya. Bukan semua technhcian boleh repair masalah laptop korang. Ada technician yang boleh tukar laptop screen tapi tak pandai nak baiki motherboard dalam laptop, kan? Di sinilah Techouz.com ni dapat membantu. Antara servis yang boleh korang dapatkan di Techouz ialah :

#1 Servis

Korang boleh format, mencuci atau check dan diagnose laptop atau pc.

#2 Menaiktaraf (Upgrade)

Korang boleh meningkatkan kelajuan dan performance laptop dengan upgrade SSD atau RAM. 

#3 Menukar (Replace)

Korang boleh menukar screen, keyboard atau bateri yang lama dengan yang baru.

#4 Membaiki (Repair)

Laptop korang tak boleh on atau kena baiki? Di sini pon korang boleh dapatkan servis untuk repair motherboard, speaker atau WI-FI 



Feedback Customer yang Menggunakan Perkhidmatan Techouz.com

Customer yang menggunakan perkhidmatan daripada Techouz.com ni rata-ratanya semua berpuas hati. Di sini Marina sertakan maklum balas dari customer Techouz.com yang menggunakan perkhidmatan mereka. 




Bestkan ada perkhidmatan servis repair laptop macam ni? Zaman Marina belajar dulu takde pon servis gini. Tak perlu dah bersusah payah naik bas bawak laptop pergi kedai untuk servis laptop. 

Jika order makanan kita guna servis Foodpanda untuk pilih menu, buat pesanan dan delivery, untuk laptop dan PC pula kita boleh gunakan Techouz. Konsepnya sama cuma servis produk saja yang berlainan. Untuk pertanyaan lanjut mengenai servis di Techouz.com, korang boleh cari diorang di :

Website :

Facebook :

Instagram : 
https://www.instagram/techouzdotcom



Post a Comment

26 Comments

  1. Wahhhh bagusnya servis yang ditawarkan. Mudahlah macam ni nak repair laptop rosak kan.

    ReplyDelete
  2. bgus gitu kalau boleh hantar sekali kan . kadang ada yg tkleh nk keluar sebab takda yang hantar or tkde lesen. hahaha. nak naik grab mcm renyah

    ReplyDelete
  3. Ya allah.. Dulu masa study, laptop rosak time2 tengah urgemt... Untung budak2 skrg..

    ReplyDelete
  4. untungnya generasi sekarang. ingat lagi dulu laptop rosak, bertapaklah kita cari ke mall tempat yang murah. sekarang siap delivery bagai. mudah! tapi shah alam takde eh? kalau ada leh recommend pada kawan-kawan

    ReplyDelete
  5. Kalau zaman belajar dulu, nak baiki komputer je pening dan tertekan sebab jauh dan mahal. Now dah banyak services dan banyak senarai harga. Kalau ada delivery sebegini lagi bagus.

    ReplyDelete
  6. wahhh senang nak servis laptop dah sekarang....takyah nak keluar rumah.... jimat sangat masa lagi2 orang yang busy bekerja

    ReplyDelete
  7. siap mai ada runner mai ambik laptop. terbaik betul service ni. sangat bagus mudahkan pelanggan

    ReplyDelete
  8. Bagus kan semuanya boleh pilih sendiri. Yang paling best adalah ada delivery dan harganya murah jugak. :)

    ReplyDelete
  9. bagus yer ada perkhidmatan ambil dan hantar. memang sesuai dan memudahkan pelajar. memang terbaik!

    ReplyDelete
  10. Menarik tp area seri kembangan la pulak. Laptop bella dah 3 tahun tk servis. Ya allah masa siapkan artikel slownya mcm siput. Hehe. Huntungla boleh semak mana2 kedai yg bagus ikut pilihan sendiri.

    ReplyDelete
  11. Nak kena servis laptop ni tapi tu la jauh plak kan. Bagus betul zaman sekarang mcm2 kesenangan ada dh.

    ReplyDelete
  12. Waa senangnya, servis datang dan amik kat rumah aje, tak payah pergi kedai bawa.. mudah dah kan..

    ReplyDelete
  13. Perkhidmatan pick-up and delivery ini memang sangat bagus, i pun dah salin their contact kalau perlu service laptop i will call them.

    ReplyDelete
  14. Haaaa bagus ada artikel nih , selalu tertanya mana tempat nak repair laptop yang bagus dan trusted. Lagi satu sebab dia ada servis pikap dan delivery , ok sangat nih. Dekat pun dekat dengan rumah. Boleh jugak rekemen pada kawan2 yang lain.

    ReplyDelete
  15. Senang kalau ada kedai servis macam ni. Guna henfon je bleh cek semua. Tak payah keluar rumah. Hehehe. Nanti nak rekemen kat family members. Tq share!

    ReplyDelete
  16. Wah bagus lah! Selalu tercari-cari servis macam ni tapi selalunya hampa. Nanti nak contact ada cover area rumah kita tak...

    ReplyDelete
  17. bagus ada servis macam ni..membantu memudahkan urusan terutama dalam pembaikan komputer yg biasanya mmg kita perlu urgent

    ReplyDelete
  18. Waaahhh...bagus betul, semuanya dihujung jari.. cepat n pantas. satu inisiatif yang baik dripada company tu.

    ReplyDelete
  19. Senang la ada perkhidmatan macam ni.. Next time ada problem boleh guna services dari mereka ni jer..🙏🙏

    ReplyDelete
  20. Ni macam ecommerce lah kan tapi untuk servis repair phone. Betul tak?

    ReplyDelete
  21. Bagus betul ade servis macam ni, boleh ambil, semua dari online..memudahkan kita

    ReplyDelete
  22. Bagus ada servis macam ni sebab selalunya pergi sampai ke KL tu haa...Seri Kembangan tak la jauh sangat.

    ReplyDelete
  23. Kinemaster for PC is one of the best video editing platforms for android devices. The impressive thing about the application is it allows anyone to edit videos on a high resolution from your phone,Click on go to.

    ❤ Why install this APP ? ❤
    - How to install this app on your pc
    - Be in the know without a click.
    - Flexible And High quality guideline.
    The App is currently only available in English, it will be available in other languages in upcoming releases.

    ReplyDelete
  24. COVID-19 pandemic has also shown IT experts that their role will not remain the same in a contactless world in the future.
    development cost

    ReplyDelete