Muka Tak Berminyak Dan Solekan Tak Bercapuk Walaupun Kena Panas Matahari Bila Guna Sunscreen Gold Nano CC Cream

Muka Tak Berminyak Dan Solekan Tak Bercapuk Walaupun Kena Panas Matahari Bila Guna Sunscreen Gold Nano CC Cream | Secara jujurnya, Marina tak memakai sebarang krim pelindung matahari atau selalu yang kita sebut "sunscreen" apabila keluar pergi kerja. Apatah lagi kalau duduk di rumah. Pengalaman memakai krim muka yang terasa panas di muka, muka bercapuk dan muka jadi terlalu putih membuatkan Marina rasa rimas bila pakai krim muka dan malas nak menggunakan apa jua jenis krim. Marina ni suka nampak muka nampak natural. Bila guna krim yang membuatkan muka nampak macam pelik semacam, Marina terasa macam diketawakan oleh orang sekeliling Marina. 

Seperti sebelum ini, Marina pernah menggunakan moisturizer dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Cream. Marina suka moisturizer dia sebab tak berminyak dan Marina terasa tertarik pula nak cuba sunscreen, Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni pula. Banyak feedback yang Marina baca mengenai krim ni. Katanya krim pelindung matahari Gold Nano CC Cream ni tidak menjadikan muka kita pelik sebab ia mengikut warna kulit kita. Betul ke tidak? Marina kena cuba sendirilah. 


Ciri-ciri Gold Nano CC Cream Yang Perlu Korang Tahu

Gold Nano CC Cream adalah merupakan krim yang boleh digunakan sepanjang hari, tidak kira siang atau malam. Ciri-ciri Gold Nano CC Cream yang perlu korang tahu :
• Ia merupakan krim yang boleh mengawal warna dan mencerahkan kulit, maknanya krim ini warnanya putih, apabila korang pakai pada kulit, krim ini akan bertukar warna mengikut tona kulit korang. 
• Ianya merupakan krim Anti kedut
• Mempunyai fungsi pelindung cahaya matahari SPF 50 PA++
• Tidak melekit, tidak berminyak dan terasa krimnya ringan di muka.


Tekstur ringan
Takde kesan minyak pon pada tisu ni

Kelebihan dan Keistimewaan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream Sebagai Sunscreen

Gold Nano CC Cream merupakan krim yang cepat dan senang dipakai setiap hari, sangat sesuai digunakan terutamanya untuk para wanita di Malaysia. Gold Nano boleh juga dijadikan sebagai base make up. Make up korang takkan rosak dan tahan lama walaupun muka korang terdedah kepada cahaya matahari. Kelebihan dan keistimewaan krim ini :
• Seperti namanya Color Control Cream (CC Cream), walaupun krim ini berwarna putih, tetapi bila dah blend pada kulit muka dengan menggunakan jari, beberapa saat sahaja ia akan bertukar warna mengikut warna kulit korang. Muka korang akan nampak cerah dan natural. Takdelah muka korang nampak pelik dan cerah semacam. Dengan CC Cream ni muka korang nampak natural, flawless, glowing dan lembut sepanjang hari. 

Krim berwarna putih, selepas blend dengan jari, krim bertukar warna ikut warna tona kulit

• Krim paling best sebab waktu panas terik, bila kulit kita berpeluh dan berminyak, kulit muka masih kekal nampak segar, tak bercapuk dan makin glowing dengan Gold Nano CC cream. 

Bila berpeluh / kena air, kulit masih nampak segar, tisu tak kotor pon
Bila berpeluh dan kulit berminyak waktu tengahari, kulit tak bercapuk

• Menjadikan kulit muka korang kekal lembap dalam jangka masa yang lama setiap hari. 
• Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 
• Penutupnya yang jenis "TWIST-LOCK" menjadikan ianya ketat. Bila kita simpan dalam beg tanpa kotak dia pon krim takkan terkeluar dari botolnya. Senang nak bawak CC Cream ni ke mana-mana. Takdelah beg kita kotor penuh dengan kebocoran krim!

Penutup "Twist-Lock"

Fungsi dan Kandungan Gold Nano CC Cream

Gold Nano CC Cream ini mempunyai SPF 50 PA++ yang berfungsi untuk melindungi kulit muka daripada sinaran UV, menjadikan kulit lembut dan glowing. Ia seimbangkan dan membaiki tona kulit secara semulajadi. 

Apa kandungan di dalam Gold Nano CC Cream yang membuatkan muka korang akan nampak flawless dan tak berminyak walaupun terkena panas terik. 3 bahan utama di dalam Gold Nano CC cream terdiri daripada :
• Mineral Water - Mengekalkan keseimbangan PH kulit, Menguatkan kulit muka sehingga ke dalam, Meningkatkan keanjalan kulit
• Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract - Meredakan kerengsaan kulit, Melegakan masalah kulit. 
• Nano Gold - Mencegah penuaan,  Menghalang radiasi infrared.

Cara Menggunakan Gold Nano CC Cream

Senang je nak pakai Gold Nano CC Cream ni. Korang hanya gunakan jari je, tak perlu guna berus untuk sapu krim ni di muka. 

#1 Calit krim sikit-sikit di seluruh muka.
#2 Sapukan rata krim yang di calit tadi.
#3 Sapu sehingga krim bertukar warna mengikut warna kulit. Sapu sehingga sekata. 




Review Marina Tentang Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature

Setelah cuba apply sunscreen Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni di muka Marina, apa yang Marina boleh kongsikan di sini, Marina suka tekstur krim dia. Tekstur dia ringan dan tak berminyak. Sebelum ini,  Marina pernah guna krim jenama lain, muka terasa panas, berminyak dan tak selesa. 

Sejujurnya seperti yang Marina mention sebelum ni, pergi ke pejabat, secalit bedak pon Marina tak sapu di muka. Apatah lagi nak pakai sunscreen kan? Siapa macam Marina? Pada korang yang sama macam Marina, tak calit apa-apa pon kat muka, tak bersolek, Marina rekemen korang guna Gold Nano CC Cream ni. Korang tak payah dah tenyeh foundation untuk nampak muka korang licin. Guna krim ini pon dah memadai. Serius kulit nampak glowing dan flawless selepas guna Gold Nano CC cream ni. Tak perlu make up tebal-tebal dah untuk cover muka korang yang nampak tak sekata tu. 

Pada korang yang berminat nak cuba produk Hansaegee Nature atau perlukan konsultansi mengenai masalah kulit korang, boleh ke website mereka :

Post a Comment

21 Comments

  1. Teringin pula nak cuba Gold Nano CC Cream.

    ReplyDelete
  2. Menarik nampaknya. Suka yang camni nampak natural je kan kulit.

    ReplyDelete
  3. wow! bagusnya produk ni! nampak berkesanlah. lelaki boleh pakai tak? hahaa sebab lelaki kan muka selalu berminyak

    ReplyDelete
  4. dah banyak kali dengar tentang kehebatan produk ni. muka jadi tak berminyak, saya suka sbb kulit sy mmg oily

    ReplyDelete
  5. best kan pakai hansaegee aqua whitening cream tu. Sejuk je bila apply dekat muka

    ReplyDelete
  6. ramai juga yg bagi review best pasal hansaegee product ni. nanti nak try juga, nampak menarik :)

    ReplyDelete
  7. tak penah lagi guna cc cream utk brand ni, tapi hari tu ada cuba pencuci muka brand yang sama. suka sangat.

    ReplyDelete
  8. Nampak natural je lepas pakai. Menarik ni..Baca review pun semua cakap best.

    ReplyDelete
  9. Pernah guna produk ni mmg best. Sebab ianya tidak melekit

    ReplyDelete
  10. wah menarik la ciri-ciri cream ni. tak pernah cuba lagi. nak beli gak la satu nanti. thanks sharing produk best ni

    ReplyDelete
  11. wow, is it really true that this cc cream can prevent oily face? i am running to the store to get one too!

    ReplyDelete
  12. Memang kalau pakai sunscreen, biasanya akan ada kesan white cast. Tapi yg ni nampak mcm ok.

    ReplyDelete
  13. Yaa setuju semua yang di atas, sebab Sis hingga sekarang menggunakannya.. sangat bagus.. tak payah pakai sunblock dah.. mudah dan cepat kerja nak menyolek..

    ReplyDelete
  14. Makin banyak review bagus pasal produk Hansaegee nie. Best kalau yang tak bercapuk nie kan. Nie buat Rawlins macam nak try gak

    ReplyDelete
  15. Memang nampak perbezaan selepas apply Sunscreen Gold Nano CC Cream, your skin look more radiant and flawless.

    ReplyDelete
  16. Nampak perbezaan bila guna dan tak guna sunscreen ni o... Pakar recommmend me to use sunscreen as well, maybe boleh try yang ni la..

    ReplyDelete
  17. Kak Nina pun pakai Gold Nano CC Cream Hansaegee ni. Memang best pakai ni dan muka glowing jer.. Love love!

    ReplyDelete
  18. review yang menarik , salam kenal kak saya follower baru #142

    ReplyDelete
  19. Kita suka produk hansaegee ni.. Penguna setia sampai sekrg

    ReplyDelete
  20. Sunscreen memang penting pakai nak keluar rumah.

    ReplyDelete
  21. terbaik Gold Nano CC Cream ni 😍

    ReplyDelete