iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Pusat Rawatan Fisioterapi di Subang Jaya : Rawatan Stroke dengan Pakej Rawatan Harga Rendah

iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Pusat Rawatan Fisioterapi di Subang Jaya : Rawatan Stroke dengan Pakej Rawatan Harga RendahBerdasarkan apa yang diceritakan oleh kawan Marina, pihak hospital ada yang menyarankan agar melakukan rawatan fisioterapi di pusat rawatan fisioterapi di luar sebab di hospital terlalu ramai pesakit yang menjalani rawatan di situ. Pihak hospital akan rekemen pusat rawatan fisioterapi yang boleh dikunjungi oleh pesakit untuk menjalani sesi rawatan. Tambahan pula masa sekarang, pergerakan agak terbatas di Musim Covid-19 ni kan? Bukan setakat hospital, nak pergi klinik pon takut. Marina percaya pasti kita sentiasa berdoa supaya tak jatuh sakit semasa musim Covid-19 ni kan? Kalau demam pon, ada klinik yang taknak entertain pesakit, malahan disuruhnya kita terus ke hospital. Ramai juga pesakit yang takut untuk bersesak-sesak di hospital untuk datang ke temujanji terutamanya yang perlu menghadiri sesi rawatan seperti fisioterapi, occupational therapy dan speech therapy akibat Covid-19. Hospital juga perlu mengurangkan pesakit yang hadir untuk rawatan pada satu masa. Menyedari kesukaran yang dihadapi oleh pesakit, iRehab menawarkan pakej rawatan dengan harga yang rendah untuk para pesakit yang menghadapi masalah kewangan dan terpaksa menunggu masa yang lama untuk rawatan susulan di hospital. Kini urusan pesakit menjadi lebih mudah kerana pesakit boleh membuat temujanji di iRehab. Pesakit dah tak perlu bersesak-sesak dan menunggu lama untuk  menjalani rawatan fisioterapi di hospital. 



iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Centre, Subang Jaya

iRehab merupakan one-stop centre (pusat sehenti) yang beroperasi di Subang Jaya. Pusat ini telah ditubuhkan pada Januari 2010. Puan Zalilah merupakan founder dan CEO bagi iRehab yang mempunyai 20 tahun pengalaman di dalam perkhidmatan rehabilitasi. IRehab merupakan pusat rawatan fisioterapi yang menyediakan rawatan susulan kepada pesakit terutamanya pesakit strok untuk membantu pesakit supaya anggota badan pulih dan berfungsi seperti sebelumnya. Antara rawatan susulan yang dijalankan di iRehab :
• Lokomat Therapy
• Physioterapy
• Occupational Therapy
• Speech Therapy
• 24 Hours Nursing Care
• Transportation Services


Pakej Rawatan Dengan Harga Rendah dari IRehab

Seperti yang kita sedia maklum, akibat pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia, sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita. Menyedari situasi ini, IRehab menawarkan pakej rawatan dengan harga yang rendah supaya pesakit boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan pesakit. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban pesakit yang perlu mencari ikhtiar lain untuk menjalani rawatan fisioterapi selain ke hospital untuk rawatan susulan. 


Cara Mendapatkan Pakej Rawatan di iRehab

Kepada para pesakit yang ingin mendapatkan pakej rawatan yang ditawarkan di pusat iRehab, pesakit hanya perlu menunjukkan kad temujanji dari hospital (tak kira dari mana-mana hospital sama ada kerajaan atau swasta) dengan tarikh yang telah pesakit hadir sebelum ini atau temujanji yang sepatutnya perlu hadir ke hospital berkenaan untuk mendapatkan harga diskaun dari IRehab. Semoga dengan pakej rawatan ini dapat membantu pesakit yang perlu menjalankan sesi rawatan dengan cepat.




Tempah Slot di iRehab!

Makluman lanjut mengenai pakej rawatan ini, pesakit boleh rujuk di laman sosial iRehab atau terus hubungi pihak iRehab untuk membuat temujanji :

Contact :
012-9061690/0179880324

Website :

Facebook :

Instagram :

#irehab #onestoprehab #physiotherapy #occupationaltherapy #speechtherapy #neurologicalrehabilitation


Post a Comment

17 Comments

  1. Alhamdulillah.. Pesakit boleh buat rawatn susulan dekat iRehab.. Tengok tempat dia memg selesa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Irehab ni prihatin dengan keadaan sekarang...

    ReplyDelete
  3. Oh, bagus la ada tempat rawatan yang prihatin mcm ni. Biasa kalau dgr pusat rawatan swasta, kita assume harga dia mahal.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, ada pusat rehab yang mudah untuk dituju. Tak de la lagi nak bersesak ke hospital.
    Moga irehab terus sukses agar dapat bantu ramai lagi yang memerlukan 😊

    ReplyDelete
  5. Kawan Sis ada hantar ayahnya buat rawatan sini.. bagus katanya, tu tiba nanmpak plak post ni.. bukan senang nak ada tempat yang khas merawat stroke kan..

    ReplyDelete
  6. LH share article ni pada family sebab ada sedara mara yang kena stroke dan dan memang perlukan rawatan.

    ReplyDelete
  7. Bagus irehab sediakan rawatan susulan kepada pesakit seperti pesakit strok untuk membantu pesakit supaya anggota badan pulih dan berfungsi seperti sebelumnya. Biasa nak ke hospital pun kene tunggu lama nak buat appointment..

    ReplyDelete
  8. first time dengar irehab ni...menarik terutama bagi membantu pesakit strok yang perlukan rawatan pemulihan

    ReplyDelete
  9. Bagus ada servis macam ni terutama pada mereka yg krg berkemampuan kan.

    ReplyDelete
  10. Bagus pakej perkhidmatan iRehab nie. Membantu insan yang memang tak sihat dan sekaligus memudahkan mereka kan. Moga dimurahkan rezki insan yang terlibat dengan iRehab nie

    ReplyDelete
  11. Ramai dah citer kata sini bagus. Cuma before tak tahu kat sini ada pakej yang murah dan mampu bayar. Nak kasitau kat family sebab ad ayang sedang sakit perlukan rawatan fisio

    ReplyDelete
  12. Bagus ada initiatif sebegini dan memudahkan pesakit yang betul2 perlukan kemudahan ni.. Yang penting harganya yang berpatutan dan tak membebankan..boleh syorkan ni kat kawan2 yang memerlukan..

    ReplyDelete
  13. Eh so coincidence I'm looking for rehab center for my friend's parents and this seems affordable to them too!!!

    ReplyDelete
  14. oh berlokasi di subang jaya ya. kalau ada hospital yang tawar pakej harga murah macam ni memang bagus sangatlah.

    ReplyDelete
  15. Ala jauh lah pulak. Suami ena dah lama tak pergi fisio sebab lama tunggu turn hospital. Ni pulak pandemic lagi bercinta nak checkup. Kan bagus kalau ada banyak branch

    ReplyDelete
  16. Lepasni orang ramai dah tau dah nak ke mana :) tak perlu susah susah lagi mencari. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  17. Harap ramai yang dah tau kemudahan rawatan di irehab ni.

    ReplyDelete