Gelagat Anak-anak Di Tadika Setelah Sesi Persekolahan Dibuka Semula Sejak PKP Dijalankan

Gelagat Anak-anak Di Tadika Setelah Sesi Persekolahan Dibuka Semula Sejak PKP Dijalankan | Apabila Marina bagitahu pada anak yang berumur 4 tahun, prasekolah akan bermula pada hari Rabu bersamaan 1 Julai 2020, bukan main seronok lagi dia. Miqaila teruja nak ke tadika setelah hampir 4 bulan bercuti. Anak kemain seronok, ibunya yang risau. Ye la hati ibu mana yang tak risau tentang keselamatan dan kesihatan anak-anak. Gigit nyamuk sikit pon kita marahkan nyamuk, inikan pula penyakit Covid-19 yang boleh membawa kematian.
Walaupun pada 1 Julai 2020 sesi persekolahan yang lepas telah bermula, Marina tak hantar Miqaila pada hari pertama tersebut sebab pada minggu itu sehari je sesi persekolahan Miqaila. Pihak pengurusan tadika membahagikan pelajar mengikut sesi untuk mengurangkan bilangan pelajar di dalam kelas pada satu masa. Minggu depannya baru Marina mula menghantar Miqaila ke tadika.
Pada hari pertama hantar ke tadika, mudah je nak kejut Miqaila bangun pagi. Gembira dan bersemangat dia nak ke tadika.




Sesi Persekolahan

Sebelum menghantar ke tadika, pihak pengurusan tadika meminta ibu bapa mengisi borang online untuk memilih sesi persekolahan anak. Oleh kerana ramai pelajar yang berumur 4 tahun, pihak tadika membuat 2 sesi persekolahan di mana kumpulan A sesi persekolahannya pada hari Isnin sehingga Rabu, manakala kumpulan B pada hari Khamis dan Jumaat. Asalnya pihak tadika membuat sesi perkolahan kumpulan B pada hari Khamis sehingga Sabtu. Oleh kerana pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak membenarkan mengadakan sesi pembelajaran pada hari Sabtu, makanya sesi persekolahan untuk kumpulan B hanya pada Khamis dan Jumaat sahaja. Kalau Marina pon akan hantar Miqaila pada hari Khamis dan Jumaat je. Sabtu Marina tak bekerja, tak rajin nak keluar rumah semata-mata nak hantar anak ke tadika. Miqaila dapat masuk dalam kumpulan A, so pada hari Isnin sehingga Rabu, Marina akan hantar anak ke tadika.

Sesi persekolahan adalah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Pihak tadika juga ada menyediakan pakej tambahan seperti biasa. Ada 3 sesi :
PT2 - balik jam 2 petang
PT3 - balik jam 3 petang
PT5 - balik jam 5 petang

Oleh sebab Marina ni bekerja, Marina ambil PT5. Balik pukul 5 petang. Takdelah kena ambil tepat pukul 5, pihak tadika ada juga toleransinya.


Yuran Tadika

Sebelum sesi persekolahan bermula, pihak taska sekali lagi meminta ibu bapa mengisi borang secara online untuk memilih waktu persekolahan anak. Disebabkan Marina ambil pakej PT5, yuran bulanan untuk tadika Miqaila RM250 sebulan. Untuk kumpulan B yang hanya bersekolah 2 hari sahaja, yuran sekolah dikurangkan.


Sebelum Hantar Anak ke Tadika

Sebelum ke tadika, Marina siap pesan pada Miqaila, takut dia lupa. Terlampau seronok nak mula sekolahkan. Marina pesan pada Miqaila supaya di sekolah duduk elok-elok, dengar cakap cikgu, basuh tangan selalu dengan sabun, sekarang ni ada Covid. Alhamdulillah Miqaila faham apa itu Covid walapun tak tahu penyakit apa, at least dia tahu Covid tu bahaya dan sentiasa kena berjaga-jaga.

Mengikuti saranan daripada kerajaan,  Marina pakaikan mask dan sanitizer siap-siap sebelum hantar Miqaila ke tadika.


SOP Tadika Anak

Selain mematuhi SOP yang disarankan oleh kerajaan, ada beberapa SOP yang disenaraikan oleh pihak pengurusan tadika Miqaila yang perlu diikuti. Tak banyak beza daripada praktis biasa sebelum PKP. Alhamdulillah anak-anak boleh adapt dan mendengar arahan dengan norma baharu ini.

Apa norma baharu yang dipraktikkan di Tadika Miqaila? Ini berdasarkan apa yang Marina nampak dan juga video serta gambar yang dikongsikan oleh pihak pengurusan tadika.

#1 Sebelum mula persekolahan, pihak pengurusan tadika meminta ibu bapa isi borang online. Beberapa maklumat perlu diisi antaranya pilihan waktu untuk menghantar anak. Ibu bapa perlu menghantar anak mengikut waktu yang dipilih. Marina pilih 7.30 pagi, wajiblah hantar Miqaila ke sekolah pada 7.30 pagi untuk mengelakkan pertembungan dengan pelajar lain yang akan menyebabkan sesak di pintu masuk tadika.

#2 Sikat dan bedak perlu dibawa sendiri (yang ni memang dah dipraktikkan sebelum PKP lagi).

#3 Sehelai tuala mandi biasanya akan diberi pada pihak tadika. Pihak tadika akan gantung di tadika dan selepas seminggu akan dipulangkan untuk dibasuh pada hujung minggu.

Norma baharu, pada first day of the week kena bawa 2 tuala. Sehelai tuala akan bergilir-gilir perlu dibawa balik dan dibasuh setiap hari.

#3 Selepas Miqaila turun dari kereta, ada 2 orang cikgu di pintu masuk. Seorang check suhu dan seorang rekodkan maklumat.

#3 Beg-beg yang dibawa oleh pelajar di sangkut di satu sudut untuk disanitasi sebelum dibawa masuk ke kelas.

#4 Sebelum masuk ke kelas, pelajar diminta basuh tangan dengan sabun dan lap tangan dengan tisu sehingga kering. Sinki baru dibuat dan tong sampah baru disediakan di porch tadika untuk kegunaan sesudah sampai ke tadika dan sebelum balik dari tadika.

#5 Yang lain-lain tu SOP biasa yang disarankan oleh kerajaan seperti penjarakan satu meter dan tidak dibenarkan berkongsi makanan.






Feedback dari Miqaila

Setelah habis sesi persekolahan, Marina tanya feedback Miqaila macam mana persekolahan. Miqaila tak berhenti-henti bercerita keseronokan dia di tadika. Marina tanya, kat sekolah teacher suruh Qaila buat apa? Katanya teacher suruh berdiri di garisan. Alhamdulillah anak-anak ini mampu ikut arahan cikgu dengan baik.

Kalau anak-anak yang kecil ini mampu mematuhi SOP Tadika dengan bantuan cikgu-cikgu di tadika, apatah lagi kita yang dewasa ni kan? Semoga kita yang dewasa ni pon dapat mengikut SOP yang telah disarankan.






Post a Comment

13 Comments

  1. Anak2 kecil ni lagi senang nak ikut arahan dan SOP
    berbanding orang dewasa

    ReplyDelete
  2. Oh, jadi yg sesi khamis dan jumaat tu x tambah masa lah ye Kak? Ke sesi isnin -rabu masa dia kurang?

    Ohhh baru tau lain2 tadika lain2 masa dan sesi yg ada rupanya.

    ReplyDelete
  3. kkdg aak kecil lagi senang nak di suruh ikut sop dr yg besar2 kat sekolah menengah tu ehheheh

    ReplyDelete
  4. Betul tu, kalau anak sekecil ini boleh patuhi SOP, pelajar yang dewasa kena lebih berdisplin lagi, jangan ikut kepala sendiri jee kan..

    ReplyDelete
  5. Comel plak tengok adik2 nie mematuhi SOP. Alhamdulilah semua faham keperluan SOP. Tapi ramai plak orang dewasa tak faham SOP kat shopping malls kan. Depa kena masuk tadika nie rasanya hahaha

    ReplyDelete
  6. Alhandulillah.. Diaorg dgr cakap cikgu.. Seronok diaorg dpt skeolah semula

    ReplyDelete
  7. Mikayla ni sebaya Harraz ke Marina.. Harraz pun 4 tahun gak.. tapi belum masuk sekolah tadika lagi.. cadangnya tahun depan la.. tapi belum daftar lagi.. baru nak amik borang

    ReplyDelete
  8. Seronok Miqaila dapat masuk kelas semula. Semoga selamat2 semua

    ReplyDelete
  9. Anak automatik jd displin kan.. sama mcm anak Fiza, dia pula duk pesan kat kita, sblm nie kita pesan dorg tak faham..

    ReplyDelete
  10. Moga sentiasa dilindungi anak². Sal risau jugak bila anak² dah nak start sekolah .. Insya Allah bila follow SOP kan.

    ReplyDelete
  11. Sebelum ni ingatkan budak2 yang paling susah nak patuh SOP. Rupanya tak.

    ReplyDelete
  12. Baguslah pihak pengurusan tadika Miqaila ni, siap kurangkan yuran untuk mereka yang hanya ke tadika untuk beberapa hari sahaja tu... inilah yang kita namakan bertimbangrasa... thumbs up juga untuk anak-anak yang patuh mengikuti SOP...

    ReplyDelete
  13. Musim covid ni memang pelbagai tindakan pihak sekolah dan tadika ambil. Sangat membantu ibu bapa kan

    ReplyDelete