EZakatPay Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Memudahkan Urusan Pembayaran Di Musim PKP

EZakatPay Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Memudahkan Urusan Pembayaran di Musim PKP |  Di dalam tempoh PKP ini, setiap individu perlu mematuhi saranan oleh bagi memutuskan rantaian Covid-19. Salah satunya adalah tidak bersalaman sesama individu. Di atas faktor keselamatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggalakkan supaya setiap individu membayar zakat fitrah secara online (atas talian) di platform EZakatPay (EZO) . Inisiatif ini dilakukan bagi memudahkan orang ramai membayar zakat terutamanya pada musim PKP ni. 


Bayar Zakat Fitrah Secara Atas Talian?

Proses membayar zakat fitrah lebih mudah apabila Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyediakan perkhidmatan bayar zakat fitrah secara online. Dalam tempoh PKP ini, setiap individu digalakkan untuk membayar zakat fitrah secara atas talian. Korang tak perlu pergi ke mana-mana cawangan untuk membayar zakat. Pembayaran zakat fitrah secara atas talian adalah lebih selamat, mudah dan cepat. Korang dah tak perlu keluar rumah untuk buat pembayaran dan boleh dilakukan dari rumah sahaja. 

Bagaimanakah kita sebagai umat Islam hendak melaksanakan Zakat Fitrah jika tidak boleh bersalaman? Sudah menjadi kebiasaan, apabila membayar Zakat Fitrah, akan adanya akad, di mana ada aktiviti bersalaman di antara pembayar dan penerima. Persoalan yang sering menjadi tanda tanya oleh individu, "Sahkah Zakat Fitrah jika tidak bersalaman (akad)?"


Tunaikan Zakat Anda dan Keluarga : Zakat@Family

Korang dah menunaikan kewajipan bayar zakat fitrah? Alhamdulillah. Bagi yang dah berkahwin, zakat fitrah untuk isteri dan anak-anak sudah dibayarkan sekali? Bagi ibu bapa yang masih hidup tetapi uzur, tidak dapat melaksanakan zakat fitrahnya sendiri, tidak mampu menguruskan sendiri, korang sebagai anak ada yang bantu menguruskan zakat fitrah mereka? Jangan lupa dibayarkan zakat fitrah mereka sekali ye.

Zakat@Family diperkenalkan adalah untuk memberi kesedaran dan untuk mengingatkan tentang keperluan dan tanggungjawab bagi ketua rumah tangga menunaikan zakat bagi diri, isteri, anak-anak, ibubapa yang uzur yang dibawah tanggungan korang supaya ketua keluarga tidak terlepas pandang untuk menunaikan zakat bagi pihak mereka. 

Bagi meningkatkan kesedaran ini, Lembaga Zakat Selangor melangsungkan Kempen Zakat@Family yang bermula pada 24 April hingga 23 Mei 2020. Di sini, korang berpeluang memenangi hadiah menarik, antaranya Samsung Galaxy A71 melalui E-Cabutan. E-Cabutan ini akan dilangsungkan selepas tempoh kempen.

Cara penyertaan Tunaikan Zakat Anda Dan Keluarga 
1. Taksirkan & tunaikan zakat korang. (Bayar zakat fitrah terlebih dahulu untuk diri sendiri,  isteri, anak-anak atau ahli keluarga yang uzur) 
2. Imbas QR kod di banner kempen atau klik di link ini https://bit.ly/39gj8lr
3. Jawab 2 soalan mudah. 



Perlu sertakan nama ahli keluarga yang telah dibayar zakat fitrahnya untuk melayakkan diri menyertai kempen ini


Kadar Zakat Fitrah

Berapakah kadar zakat fitrah yang perlu dibayar pada tahun 2020 bersamaan 1441H ni? Lembaga zakat bagi setiap negeri di Malaysia telah menetapkan kadar zakat fitrah yang perlu dibayar oleh setiap individu. Kadar Zakat Fitrah yang dikenakan bagi setiap individu adalah mengikut harga beras yang digunakan oleh individu di rumah. Seperti contoh, jika isi rumah tersebut makan beras yang nilainya RM7 secupak, makanya harga zakat fitrah untuk individu di rumah tersebut RM7 lah. Begitulah juga jika individu di rumah tersebut makan beras yang harganya RM14 secupak, makanya RM14 lah harga zakat fitrah yang perlu dibayar oleh individu tersebut.



Kaedah pembayaran zakat fitrah melalui online

Korang boleh bayar zakat fitrah melalui kaedah :

#1 EZakatPay (FPX)

https://fpx.zakatselangor.com.my/

Cara menggunakan EZakatPay :

1. Pergi ke website EZakatPay. 
2. Isi Maklumat Bayaran. 
3. Pilih kaedah bayaran.
4. Pilih bank. 
5. Cetak resit bayaran zakat. 

#2 Aplikasi GoPayz (E-Dompet)

https://secure.gopayz.com.my/gopayz/login

Cara bayar zakat menggunakan GoPayz :

1. Download aplikasi GoPayz du App Store / Play Store.
2. Pilih Islamik. 
3. Pilih Zakat Fitrah. 
4. Ikut arahan dalam aplikasu untuk selesaikan pembayaran. 



#3 Aplikasi Boost (E-Dompet / E Wallet) 


Cara bayar zakat menggunakan Boost :

1. Download aplikasi Boost di App Store / Play Store.
2. Pergi ke paparan "Do More".
3. Klik pada kategori Bills & Payment. 
4. Klik pada "Add new bill account" dan korang akan dialihkan ke paparan "Select Utilities".
5. Pilih jenis pembayaran bil yang bersesuaian dan isikan butiran akaun.
6. Klik pada butang "semak" untuk mengesahkan butiran dan korang akan dialihkan ke paparan "Pay bill".
7. Masukkan amaun bayaran yang korang nak dan klik pada "butang anak panah".
8. Korang akan diminta untuk memasukkan PIN transaksi 6 digit.
9. Paparan "Success" menandakan bahawa pembayaran bil anda telah berjaya dan wang akan ditolak daripada 'wallet' korang.
10. Apabila berjaya melengkapkan pembayaran, butiran korang akan disimpan secara automatik bagi kegunaan masa depan. Klik pada butang "Bill & Payment" pada paparan "Success" untuk melihat akaun yang disimpan.
11. Jika korang ingin menambah akaun yang lain dalam pengebil yang sana, klik pada butang "tambah' dan isikan butiran korang.



#4 Online banking

1. Pergi ke website online banking korang. (contoh : Maybank) 
2. Login ke online banking korang. 
3. Pilih "Accounts & Banking".
4. Pilih "Bill Payment".
5. Pilih "Make a one-off payment".
6. Di drop down sebelah kanan pilih "Zakat & Charity" klik continue.
7. Pilih badan zakat atau charity yang hendak disalurkan bayaran korang. 
8. Masukkan butiran yang nak dibayar dan klik continue. 
9. Teruskan pembayaran sehingga paparan "Success".


Jika membayar zakat fitrah melalui online banking menggunakan CIMB Islamic, kalian berpeluang memenangi sebuah Notebook HP dan 10 kad TOUCH 'N' GO bernilai RM200 bermula pada 24 April hingga 23 Mei 2020

Apakah hukum zakat fitrah yg dibayar melalui kaedah online dan tidak bersalam (akad) adakah sah zakatnya dan dalil-dalil yang berkaitan?

Zakat adalah ibadah yg tidak disyaratkan akad. Perkara yang wajib dilakukan oleh pembayar adalah berniat menunaikan zakat ketika beras atau wang fitrah diserahkan kpd amil atau terus kepada asnaf. Zakat adalah termasuk dlm kategori tabarru' (derma/sedekah). Akad tidak diwajibkan ke atas muamalah seumpama ini.

Ia berbeza dengan akad mubadalah (pertukaran) sprt bai', jual salam, mudharabah dan lain-lain. Akad atau lafaz ijab dan qabul diwajibkan ke atas muamalah seperti ini.


Mengikut pandangan Mazhab Imam Syafi’e, wajib berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan dengan kata-kata seperti contoh “Ini Zakat harta” walaupun tanpa berniat fardhu, ini kerana membayar zakat merupakan suatu kewajipan.

(Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1811)

Imam Nawawi berpendapat sedekah sama hukumnya dengan hadiah, dan ia tidak memerlukan lafaz ijab dan qabul. Cukup sekadar penyerahan dan penerimaan barang dan pendapat ini merupakan pendapat yang sahih di dalam mazhab Imam Syafi’e serta telah di naqalkan oleh fuqaha’ mazhab muta’akhirin.

(Lihat: Raudah al-Thalibin,5/365-366)


Adakah sah Zakat Fitrah itu jika resit Zakat Fitrah Keluar Lepas Raya?

Pihak LZS akan mengeluarkan resit terimaan menandakan sahnya pembayaran dalam tempoh lapan hari bekerja. Jika korang bayar pada hari terakhir Ramadan, atau pada pagi raya, maknanya tanda terimaan akan diberikan oleh LZS selepas lapan hari.

Proses lapan hari itu hanya bersifat teknikal sahaja. Bila korang sudah membayar zakat fitrah pada malam raya atau pagi raya, maka ia sudah dikira sah. Zakat diambil kira perbuatan pada diri muzakki yg mencukupi rukun, iaitu:


1. Niat bayar zakat fitrah; 

2. Wujud perpindahan harta dari muzakki kepada LZS, maka sah zakat fitrah tersebut.

Maka jangan bimbang. Korang boleh bayar secara online. Insya Allah sah dan berkah.


Nota: Di LZS resit fitrah boleh dicetak (diprint) sendiri dan tidak akan diposkan oleh LZS. Sila daftar di EZO untuk semakan dan print resit zakat anda.


Apa yang penting :


1. Bila korang mula 'on' kan peranti (hp atau komputer), maka di situ dah ada niat nak bayar zakat. 

2. Bila korang tekan butang atau klik 'pay' atau 'bayar' maka berlakulah pemindahan wang dari akaun korang ke akaun LZS. Tunggu skrin kata 'pembayaran sukses' atau 'pembayaran berjaya' maka sah ibadah zakat fitrah korang. 

Semak bayaran dan penyata zakat 

Korang boleh semak bayaran dan penyata zakat di EZakat Online (EZO) di website ini :

https://ezo.zakatselangor.com.my


Ibadah selesai, tanggungjawab tertunai. 



[Entri berkaitan] : Zakat@Family inisiatif LZS perkenalkan zakat harta


Makluman lanjut mengenai zakat fitrah, korang boleh rujuk di website LZS.



Website :


Post a Comment

20 Comments

  1. Alhamdulillah, Fiza pun dah settle bayar zakat fitrah, senang ada online

    ReplyDelete
  2. Betul2 selamat mudah dan dan pantas 👍

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Suami dah selesai bayar secara online.

    ReplyDelete
  4. Mudah sekarang ni semua di hujung jari. Alhamdulillah suami saya pun dah selesai bayar zakat

    ReplyDelete
  5. Time² mcm ni mmg elok sgt ada on9 byr zakat.. husband liez pun bayar on9 je sbb senang...

    ReplyDelete
  6. Thanks marina sharing. Senang nak bayar zakat fitrah nanti

    ReplyDelete
  7. Ray dah try bayar guna e zakat online masa tolong my uncle. mudah sgt. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Memudahkan bila boleh tunai zakat zakat online ni.

    ReplyDelete
  9. Sy pun bayar zakat online juga..

    ReplyDelete
  10. New Norm... kita kena terima. Tahun ni mmg pakai ramai ramai bayar zakat fitrah online la nampaknya.. tq sis atas perkongsian

    ReplyDelete
  11. mmg mudah byr zakat secara online..nk pulak musim PKP ni kan so tiada alasan utk tidak membayar zakat sbb kemudahan secara online telah disediakan

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Asal puasa hari tu dah bayar zakat fitrah secara online. Menjimatkan masa dah kurangkan risiko dengan berada lama di luar rumah.

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ada cara macam ni, bolehlah orang membayar zakat dengan selamat. Nanti sis sharekan dekat keluarga sis, terima kasih kerana berkongsi ya

    ReplyDelete
  14. Inilah the new normal yang perlu kita adapt... mudah lagi memudahkan... yang penting, perkara yang wajib dilaksanankan dapat diteruskan seperti biasa tanpa culas... walaupun kita berPKPB, tanggungjawab untuk menunaikan zakat tetap dapat dilunaskan secara online...

    ReplyDelete
  15. It's nice to have Kempen Zakat@Family. It's time to pay Zakat and win prizes yay

    ReplyDelete
  16. Banyak apps atau online yang boleg guna bayar kann, alhamdulilah Suami dah settle bayar awal haritu, now ramai nak bayar line heng manjang...

    ReplyDelete
  17. Takde alasan dah susah nak bayar zakat, kini semua dihujung jari je.

    ReplyDelete
  18. Memang memudahkan bila ada E-Zakat ini. Yang penting niat dan melaksanakan benda wajib yang sangat dituntut itu paling utama di masa pandemic ini

    ReplyDelete
  19. baca entry ni baru teringat zakat tahun ni tak bayar lagi. kejap lagi boleh terus bayar lah. kang terlupa lagi.

    ReplyDelete
  20. I quite like the many written content, I've got to declare my spouse and i loved, My spouse and i would really like more details relating to this specific, mainly because it is quite wonderful., Thanks a lot with regards to disclosing.Help Poor People

    ReplyDelete