Bagaimana Cara Timbang Berat Badan Yang Betul? Cuba Tips Ini!

Bagaimana Cara Timbang Berat Badan Yang Betul? Cuba Tips Ini! | "Rasa nak baling je penimbang ni, macam-macam diet dah buat, tapi bacaan kat penimbang sama je! " Siapa pernah mengalami situasi seperti ini? Mesti ramaikan? Jangan baling dulu alat penimbang tu, sayang je beli mahal-mahal, sudahnya ke tong sampah diamnya.  Lagi sedih kita kumpul duit semata-mata nak beli alat penimbang, lepas 3 bulan baru dapat beli. Sebelum menggunakan penimbang, korang harus tahu cara menimbang berat badan dengan cara yang betul. Ada caranya.

Menurunkan berat badan adalah satu proses. Ianya memakan masa yang lama. Korang perlu bersabar, konsisten, perlu ada kemahuan yang jelas dan setkan target yang ingin dicapai.

Perasan tak setiap kali kita timbang badan, nombor pada alat penimbangnya berbeza-beza? Sekejap 57kg, sekejap 56kg. Apabila timbang berat, berat badan turun, bahagialah sekejap. Selepas beberapa jam, timbang semula, berat badan naik pulak,  terus murung jadinya. Macam mana nak timbang berat dengan betul? Apa yang korang perlu tahu sebelum menimbang berat?


Perkara yang perlu dititikberatkan sebelum timbang berat badan

Sebelum korang timbang berat, beberapa perkara perlu diambil kira :

#1 Jenis penimbang
#2 Waktu menimbang
#3 Konsistensi semasa menimbang
#4 Kekerapan menimbang


#1 Jenis Penimbang

Bila nak tengok progres penurunan berat badan setiap minggu, gunalah penimbang digital. Lebih tepat berbanding penimbang jarum. Jika mahu hasil bacaan yang tepat, tak salah sekiranya korang, invest sedikit beli penimbang berat yang mahal sedikit. Baca cara penggunaan yang betul pada manual yang diberikan. Seeloknya elakkan share penimbang korang dengan orang lain. Ini untuk mengurangkan risiko bacaan penimbang lari. Kejituan alat penimbang akan menjadi makin tidak tepat. Kalau korang tinggal dengan roomate, simpan penimbang kalian di tempat yang sesuai. Jika korang tiada penimbang berat di rumah dan menggunakan penimbang berat di luar, pastikan guna penimbang yang sama setiap kali korang menimbang.

Semasa hendak menimbang, pastikan korang menimbang di tempat yang rata seperti di atas lantai dan bukan di atas karpet.


#2 Waktu Menimbang

Timbang badan di awal pagi adalah waktu yang paling baik dan untuk mendapat bacaan berat badan yang tepat. Waktu yang sesuai adalah di antara 6 pagi ke 9 pagi. Selepas korang bangun tidur, terus timbang berat badan, sebelum korang sarapan atau minum air. Pada waktu ini, berat badan korang berada dalam tahap minimum. Makanan yang korang makan semalam mempunyai masa mencukupi untuk dicerna sebelum korang timbang.


#3 Konsistensi semasa menimbang

Semasa menimbang, korang perlulah konsisten. Konsisten di sini bermaksud seperti contoh, apabila harini korang menimbang berat memakai baju A, pastikan hari esoknya korang memakai baju yang lebih kurang sama dengan A juga dari segi berat baju tersebut supaya bacaan tidak ralat. Selain daripada baju, waktu menimbang juga perlulah konsisten. Sebagai contoh, jika korang timbang berat pada waktu pagi sebelum membuang, pada minggu akan datangnya, korang perlu timbang pada waktu yang sama juga.


#4 Kekerapan Menimbang

Ada yang kata sehari 2 kali patut timbang. Pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali. Ini bertujuan untuk tengok berapa intake yang kita telah makan untuk sehari. Ada yang kata perlu timbang tiap-tiap hari, supaya bersemangat untuk turunkan berat. Persoalannya berapa kali yang kita perlu timbang berat?

Korang hanya perlu menimbang seminggu sekali sahaja. Lebih tepat jika kalian timbang pada waktu yang sama. Menurut Rachel Fine, dietition yang berdaftar dan pemilik 'To the Pointe Nutrition', korang tidak perlu menimbang setiap hari kerana berat badan boleh berubah secara mendadak dari sehari ke sehari berikutan berat air dalam badan yang turun naik.

cara timbang berat



Perkara yang Perlu Diketahui

Orait ini antara tips-tips yang Marina dapat kongsikan cara-cara menimbang berat badan dengan tepat. Mungkin korang ada cara korang sendiri untuk menimbang berat badan kan? Bolehlah share dengan Marina nanti.

Korang dah follow semua tips ini tapi nombor di alat penimbang masih mengecewakan? Korang harus tahu, penimbang berat ini juga mengukur berat kandungan air dalam badan, berat muscles yang telah dibina setelah korang berjaya membakar lemak dan juga berat makanan yang kita ambil. Dari pembacaan Marina, salah satu cara yang lebih tepat untuk mengukur progres badan korang adalah menggunakan pita pengukur. Ukur inci pinggang, pinggul dan beberapa bahagian di badan korang. Jadi korang tak perlu murung jika bacaan pada penimbang berat korang tidak memberangsangkan. Tanamkan dalam target korang untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bukan untuk kurus semata-mata. Jangan risaukan berat badan korang, risaukan makanan yang masuk ke badan korang.  :)




Post a Comment

4 Comments