Pengalaman Memasang IUCD : Apa yang Wanita Perlu Tahu Tentang Alat Merancang Kehamilan?

Pengalaman Memasang IUCD :  Apa yang Wanita Perlu Tahu Tentang Alat Merancang Kehamilan? | Intrauterine Contraceptive Device atau singkatannya IUCD merupakan alat mencegah kehamilan yang dipasang di rahim wanita. IUCD ini berbentuk seperti huruf "T".

Baru-baru ni Marina memasang IUCD di klinik kesihatan buat kali kedua. Baca pengalaman ibu-ibu yang memakai IUCD ni membuatkan kita ngeri kan? Tapi kenapa Marina decide untuk memakai IUCD berbanding alat mencegah kehamilan yang lain? Di sini Marina kongsikan pengalaman Marina memakai IUCD.

Macam-macam persoalan yang ditanya oleh ibu-ibu yang baru hendak memasang alat perancang : "Alat perancang kehamilan apa sesuai dipasang?" , "Sakit tak pasang IUCD atau implan?" , ada juga yang tanya, "Pasang alat IUCD akan mengandung tak? "

Marina pernah memakai implan dan IUCD. Mana yang ok antara implan dan IUCD?  Sambung baca ok.



Pasang Implan ok ke? 

Semasa bersalin anak pertama, Marina tak pernah merancang kehamilan pon. Ubat cegah kehamilan tak makan, IUCD tak pakai, cucuk depo tak ambil apatah lagi pasang Implan. Disebabkan tak ambil apa-apa perancang, anak Marina yang kedua jaraknya setahun je. Hihi. 

Marina pakai implan selepas bersalin anak yang kedua. Anak yang kedua Marina bersalin secara ceaser. Doktor nasihat supaya menjarakkan 3 tahun untuk anak seterusnya. Semasa di hospital, nurse ada menerangkan jenis-jenis perancang yang boleh diambil. Marina memilih untuk terus memakai implan.

Marina pasang implan di LPPKN. Harga pasang implan pada tahun 2013 time tu RM3 ratus plus.


Kenapa Marina memilih implan pada mulanya? 

#1 Implan perlu digantikan 3 tahun sekali. Dipasang di bahagian lengan. 

#2 Cucuk depo kena pergi cucuk 3 bulan sekali. Paling tak minat nak pergi klinik banyak kali. 

#3 Marina ni jenis kurang berdisiplin, nak makan ubat cegah kehamilan konsisten hari-hari, agak susah bagi Marina. Kadang terlupa, terlewat makan, jenuh kalau terbabas. 

#4 Ni nurse bagitau, pakai IUCD kurang berkesan berbanding implan. 

So disebabkan sebab-sebab inilah Marina buat keputusan memilih implan.


Kenapa Marina tukar Implan dan Pasang IUCD? 

Marina pakai implan hanya 2 minggu sahaja sebab selepas pasang implan, period Marina non-stop keluar. Disebabkan tak rasa selesa keadaan tu, Marina ambil keputusan untuk keluarkan balik implan di lengan ni. RM3 ratus lebih melayang cenggitu je.

Gunalah apa jua perancang, semua ada kesan sampingan. Setiap alat perancang ni ada pro's and con's dia. Salah satunya mengganggu hormon lah. 

Anak ketiga Marina lahir secara normal. Hampir-hampir kena bedah sebab air ketuban bocor. Selepas bersalin anak ketiga, rutin setiap kali lepas bersalin, pergi check up di klinik kesihatan. Masa check up, nurse tanya taknak pasang alat perancang ke? Diorang suggest implan.

Marina bagitahu pada nurse di situ,  Marina pernah pasang implan. Marina tanya kalau cucuk depo ok ke? Nurse kata kalau implan tak sesuai, cucuk depo pon Marina akan alami masalah yang sama. Pilihan yang ada sekarang memasang IUCD. Makan ubat cegah kehamilan memang bukan dalam senarai Marina.

Pasang IUCD di klinik kesihatan dikenakan  bayaran RM1 untuk servis diorang. Alat IUCD tu sendiri tak perlu dibayar.


Apa yang perlu korang tahu/jangkakan bila memasang IUCD? 

#1 Bukan 100% berkesan. Tiada jaminan korang tak akan mengandung kalau pasang IUCD. Ada pernah terdengar pengalaman kawan kepada kawan pejabat, kawannya memakai IUCD, masih mengandung dan bila bersalin, benang tu ada di tangan baby.

#2 Nak pasang IUCD agak sakit sebab 'mulut itik' digunakan semasa proses pemasangan. 

#3 Pendarahan akan berlaku selepas IUCD dipasang. Boleh bersolat.

#4 Semasa nak pasang IUCD korang tak boleh berpuasa.

#5 Tak perlu mandi wajib selepas memasang IUCD.

#6 Jangka hayat IUCD 3-5 tahun. Tapi doktor nasihatkan 3 tahun tukar.



Pengalaman Marina Memakai / Memasang IUCD

Pada 17 April yang lepas, Marina buat kali keduanya memasang IUCD. Dah 4 tahun tak ke klinik kesihatan. Ni masa PKP pulak Marina kena datang pasang IUCD.

Sepatutnya tahun lepas kena tukar yang baru. Dah 3 tahun alat IUCD ni ada dalam rahim Marina. Doktor of course lah membebel. Doktor tanya macam-macam soalan dulu sebelum memulakan prosedur. Contoh soalan, "Dah taknak tambah anak ke? ".

Sebelum tukar IUCD yang baru, doktor scan dulu, scan macam orang mengandung. Nak  check kedudukan IUCD tu kat mana. Pada mulanya doktor tak nampak. Doktor kata ntah-ntah kamu mengandung. Lepas dah nampak macam alat IUCD, 'mulut itik' dipasang. Doktor mula masukkan pengepit untuk keluarkan IUCD. Marina diminta untuk berdehem bagi memudahkan IUCD dikeluarkan.

Selepas berjaya dikeluarkan, doktor masukkan IUCD yang baru. Doktor kata alat IUCD yang baru ni supplier baru, alatnya lembut. Doktor cakap kena tolak kuat sikit. Serius sakit masa doktor duk tolak-tolak IUCD sampai ke atas. Selawat ke atas Nabi je masa tu untuk lupakan seketika rasa sakit.

Selepas selesai pasang, doktor scan lagi sekali untuk melihat kedudukan IUCD yang baru dipasang. Alhamdulillah ada.




Ok ke tak pakai IUCD? 

#1 Marina dah pakai untuk kali yang kedua. Yang pertama, tahun 2016 dan tahun yang kedua tahun 2020. Alhamdulillah yang pertama ni tiada masalah.

#2 Ada Marina pernah dengar pengalaman dari kawan kepada kawan Marina, semasa bersama dengan suami, suaminya kata sakit. Terkena IUCD agaknya. Marina tanya husband Marina, husband Marina kata ok je.

Orait tu je nak sharing pengalaman Marina tentang memasang alat IUCD. Hopefully yang kedua ni takde apa-apa masalah. Ye la alat IUCD nya dari supplier baru kan, risau jugak.

So pada ibu-ibu di luar sana, jangan hanya baca pengalaman dari ibu-ibu lain. Korang yang nak merancang taknak mengandung,  pilihlah mana yang korang rasa sesuai dengan korang. Kita yang nak hadap perkara ni nanti bukan orang lain. Pengalaman berbeza-beza. Doktor yang akan handle kes pon berbeza-beza.




Post a Comment

28 Comments

  1. Sharing yang bagus, thanks yea sebab tak pernah baca pengalaman lebih dekat / details bagi those yg ambil perancang tu. Anyway, all the best!

    ReplyDelete
  2. IUCD tu macam mana rupanya? Kalau katakan nak mengandung, kena keluarkan lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IUCD tu bentuk macam T. betul kne masukkan.dah abih tempoh tukar. Keluar dan masukkan yg baru

      Delete
  3. Sekarang ni harga implan mahal tau. Lebih dari Rm 300. Tapi Kalau yang tak ada kesan sampingan, berbaloi la kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada terbaca harga implan sekarang 600plus

      Delete
  4. thank you for sharing this. it sound scary at first sbb ray baca about a few more people punye pengalaman and ada some people yg ade masalah with their IUCD.

    ReplyDelete
  5. dulu kala pernah terfikir cara2 rancang keluarga gini, marina.
    tapi, akhirnya, merancang sendiri. alhamdulillah berjaya lah :)
    bcoz mr.asben tak izinkan utk guna apa2 cara - implan, pil, iucd.
    ramai member yg guna implan / iucd. ada yg ok, ada yg bermasalah tau!
    ikut individu, kan.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tau pasal ini sebab kita masih belum ada baby.. Belum ada rezeki lagi... Doakan kita ya.. Tp yg ni bolehlah share kat kawan2 kita yg tengah merancang keluarga ni...

    ReplyDelete
  7. info yang sangat bagus dan detail. walaupun belum berkahwin ilmu sebegini perlu juga tahu untuk masa depan ke. terima kasih share

    ReplyDelete
  8. mengilu dengar rasa sakit nak pasang iucd tu. nak tak nak kena rancang juga walau semua pun ada kesan sampingan nye, anak rapat sangat pun susah juga tapi ikutlah lain orang lain yang mereka mahu.

    ReplyDelete
  9. Alamak ngilunya dengar pengalaman. Kinah dulu tak guna apa perancang pun sebab ubat perancang tak sesuai dengan hormon nak pasang alat pun tak berani. Last rancang sendiri. Alhamdulillah dapatla jarak 5 tahun. Ni dah lekat sorang lagi ni kena fikir balik nak pakai alat ke tidak huhu

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing. Will share this post with my friends who need it

    ReplyDelete
  11. Hari tu dengar pengalaman rakan sekerja tentang pemasangan impland, moga apa pun perancangan yang dibuat dan pilih tidak memudaratkan, moga dipermudahkan yea

    ReplyDelete
  12. Pernah jugalah baca tentang perancang kehamilan ini. Hanya untuk pengetahuan sendiri. Memandangkan masa tu agak susah untuk mengandung. Apa pun bagus segala info pasal rancang kehamilan ini.

    ReplyDelete
  13. Seram plak baca bila mengandung benang tu ada kt baby pula.. tapi za mmg tak pakai perancangan apa2 sbb xnk kacau hormon. Rancang sendiri je la.

    ReplyDelete
  14. Info yang bagus buat ibu2 yang ingin merancang. Zaman sis dulu, sis ambik pill perancang je, tak pernah lagi cuba cara2 macam ni..takut hehehe.

    ReplyDelete
  15. Ooo alhamdulilah juga, setelah hampir masuk tahun ke 10 Sis pakai implan, semuanya baik-baik aja, terbalik plak, Sis pakai implan, period datang boleh di kira dalam sebulan, kadang terus tak datang sebulan tu, tu yang kadang puasa boleh full...
    Tapi harga implan memang mahal..jauh beza masa mula pasang 10 tahun dulu, ni ada lagi 2 tahun untuk Sis buka dan pasang lagi...
    Sis tak berani pakai IUCD, sebab kalangan kawan sini yang pakai, semua mengandung...so taknak lee amik risiko..mungkin lain orang, hormonnya lain..ikut aje mana selesa...

    ReplyDelete
  16. Info yang bagus. Tapi saya sangat takut ada sesuatu masuk dalam badan. Memang seram. Even dah 8 tahun kawen. Maybe kena pi release skit ketakutan ni dengan pakar psychiatrist. Apa saya takutkan pun tak tau. Cegah hamil memang ada kesannya. Duit melayan, termengangdung atau diri ibu tu alami perubahan haid/badan dan sakit-sakit. Semoga kita Istiqamah.

    ReplyDelete
  17. Oh thanks for sharing this, seram juga i baca ni. Bab bak operation memang sis takut nak check darah pun takut tak dapat nak pikir tentang operate.

    ReplyDelete
  18. SHaring yang bagus walaupun saya takde pengalaman macam ni, tapi bagus untuk dibaca sebagai persediaan dan pengetahuan umum

    ReplyDelete
  19. Macam ngilu pulak bila baca... saya ni dah la penakut... nak injection dan ambil darah pun takut, inikan pulak nak pakai IUCD... memang saya respect la kat sis Marina sebab berani... buat masa ni, saya hanya merancang secara natural sahaja... plan kalau nak utilize any aid pun nak pasang implan tapi tengoklah dulu macam mana... hehehehe...

    ReplyDelete
  20. Saya pasang iucd lepas bersalin anak ke 6 bulan 4 2017. Hari ni pergi klinik kerajaan nak buat appoinment nak tukar baru. Yang mengejutkan, nurse yang bagi appoinment beritahu saya utk tukar dan pasang baru kena bayar rm60. Terkedu sekejap. Besok baru nak cuba telefon semula untuk sahkan betul ke kena bayaran sebanyak tu.

    ReplyDelete
  21. Sy dh pasang iucd nk dekat 8 bulan... tp sejak 3 4 bulan ni period datang 1 bulan 2x... setiap kali dtg lama... 15hari... jd dlm 1 bulan kita bersih 1 minggu jer

    ReplyDelete
  22. sy pasang iucd ni nk dekat 3 bulan da...betui2 sepanjang 3 bulan ni 1 mgu je bersih...pastu smp skrg mmg non-stop kuar tp xla smp penuh pad. doc kk da bg ubat stop piyed but still gak kuar..next month doc kata if non-stop gak, kene buang la...

    ReplyDelete
  23. sama la marina. Sisyat mula2 cucuk depo tapi hormon kacau. jerawat subur & berat badan amkin turun. doc suggest stop n sisyat amik keputusan nk pakai IUCD.. alhamdulillah, beri kerjasama yg baik :-)

    ReplyDelete
  24. Tq share pengalaman, sis... Sy ambil yang 5 tahun. Iucd yang tanpa hormon. Jenis hormon tak sesuai juga dengan sy. Sakit kepala plus naik jerawat.. So far, iucd setakat pakai ni, ok..

    ReplyDelete