Makan Best Di Ipoh : Warung Eli

Makan Best Di Ipoh : Warung Eli | Korang tercari-cari tempat makan best kat Ipoh ke tu? Kalau tanya Marina, Marina serius tak tau nak suggest korang kat mana nak makan sebab Marina sendiri pon banyak tempat makan yang Marina tak cuba lagi kat Ipoh ni. Mana yang Marina dah cuba, Marina share dengan korang kat blog picisan ni. Sedap tak sedap tu ikut tekak Marina lah kan. Korang kena cuba sendiri.

Warung yang Marina nak share ni adalah tempat sarapan pagi. Kalau Warung Eli ni tak tutup, Marina memang selalu breakfast di sini. Mostly semua menu kat Warung Eli ni Marina dah cuba.

Biasa Marina pergi sini antara hari Isnin sampai Jumaat. Warung ni dekat sikit dengan tempat Marina bekerja. Rumah agak jauh dari warung ni.


Signboard Warung Eli

Warung Eli kat mana? 

Warung Eli ni terletak di dalam kawasan Kampung Kepayang, Fair Park. Lorong nak masuk ke kawasan Warung Eli ni terletak selepas deretan lot-lot kedai. Kalau dari Pelita Nasi Kandar, depan sikit, korang akan jumpa Petronas Fair Park di sebelah kiri korang. Selepas itu, baru korang akan jumpa lot-lot kedai. Salah satu kedai yang terdapat di deretan kedai ni ialah kedai mamak Di Naina. Selepas lot-lot kedai ni, ada lorong nak ke Warung Eli di sebelah kiri. Dah masuk lorong tu, sebelah kanan korang adalah tempat mencuci kereta. Kalau nampak tempat cuci kereta tu, korang masuk di lorong yang benarlah tu. Kat dalam kawasan Kampung Kepayang ni banyak sangat warung-warung. Warung Eli terletak di sebelah kiri korang.


Waktu operasi

Waktu operasi menurut kakak kat kedai tu setiap hari bukak. Diorang tutup waktu diorang ada urusan lain. Kalau korang dari jauh, datang sini semata nak makan di Warung Eli, lebih baiklah call terlebih dahulu. Warung Eli beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 2 petang.


Suasana di Warung Eli

Walaupon terletak di kawasan perkampungan dan jauh ke dalam, hiasan Warung Eli ni cantik tau. Ala-ala cafe hipster gitu. Kemas hiasannya. Cantik kalau nak ambik gambar di sini. Marina paling suka signboard dia. Diperbuat daripada rumput sintetik kot dan digunting perkataan Warung Eli. Cantik dan kreatif.

Meja yang digunakan diperbuat daripada kayu pallet agaknya. Sinki menggunakan recycle tong drum yang dicat dan ditulis warung eli.

Sinki daripada recycle tong drum


Nak makan apa di Warung Eli?

Menu kat warung Eli ni tak banyak tapi memang ramai yang datang berkunjung ke sini. Menu di Warung Eli :
1. Roti Bakar Telur Goyang
2. Bihun/Mee/Koeytiaw Goreng
3. Mee Rebus
4. Roti Kari Ayam (Sabtu dan Ahad sahaja)
5. Nasi Goreng Kampung
6. Nasi Goreng Ikan Rebus
7. Soto
8. Bihun Sup
9. Nasi Lemak
10. Nasi Lemuni
11. Kuih Muih
12. Mee Kari (Sabtu dan Ahad sahaja)
13. Nasi Beriani (Setiap Jumaat)

Warung Eli juga ada mengambil tempahan catering untuk pejabat-pejabat yang nak buat mesyuarat. Setiap kali breakfast di sini selalu Marina nampak diorang tengah prepare tempahan catering.


Baca juga : Daun Kesum






Review Marina

Yang mana satu menu yang Marina suka? Semua Marina suka. Sedap, cukup rasa dan banyak. Marina makan kat sini selalunya tak abis makan walaupon order roti kari ayam. Roti dia guna white bread dan dikukus terlebih dahulu. Walaupon selalu breakfast di Warung Eli, order menu yang sama pon tak bosan sebab sedap. Harga di sini pon berpatutan. Kebanyakan harga makanan di sini seperti Nasi goreng ikan rebus, mee goreng atau bihun sup setiap satunya berharga RM5.00.

Mee rebus dia, pada awalnya memang sedap. Kali kedua makan dah tak sedap dah. Agak kecewa. Kenapa tak tau lah. Tapi menu lain masih lagi superb.

Makan kat Warung Eli ni agak selesa lah jugak. Walaupon warungnya tak berapa luas, tapi tenang makan di sini. Sila expect bunyi ayam, kucing dan sebagainya sebab Warung Eli ni terletak di kawasan perkampungan. Kampung bandar.

Servis di sini laju jugak. Kalau makanan lambat sampai diorang akan inform. Biasanya Roti kukus ayam kari tu lambat sikit sebab nak kukus roti tu mengambil masa sikit. Alah tak lama mana pon. 10 minit je. Makanan lain ok je.  Laju je sampai.

Kebersihan Warung Eli ni okla. Cuma parking di Warung Eli ni agak terhad.  Kalau terlampau ramai sangat yang sarapan pagi di sini nak dapat parking tu agak susah sikit.

So far Marina berpuas hati makan kat sini. Lepas kes makan tak habis, biasanya Marina dan husband akan order satu makanan dan share.

Ok tu je nak share. Siapa dah makan kat sini? Amacam?


[Baca juga] : Hotmas : Western Food Best di Sungai Petani

Post a Comment

14 Comments

  1. Soto dia nampak sedap. Kalau ke Ipoh boleh cuba makan dekat sini :)

    ReplyDelete
  2. Ini kampung arwah mama saya. Tiap raya memang balik ke sini. Tak sangka ada Warung Eli ni tapi tak perasan pula kat mana.

    ReplyDelete
  3. mee kari dia nmpk sedap..kuah pun tgk pekat je... boleh la cuba nnt kalau ke ipoh

    ReplyDelete
  4. Ya Allah!!! Rasa terliur sangat dah ni... baru tengok dah rasa lapar Marina... dah agak lama tak pusing-pusing kawasan Ipoh... last rasanya masa tahun 90-an sebab dok selalu pergi rumah mak angkat ayah kat sana... nanti nak cari masa la untuk ke sana...

    ReplyDelete
  5. Nampak menyelerakan semuanya..kalau soto tu makan dengan sambal kicap, perghh hirup kuahnya sampai licin kalau Sis, lagi kena dengan begedil..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  6. Nampak sedpa jugak semua menu breakfast yang ada di Warung Eli ni ya. Kalau singgah Ipoh boleh cari warung Eli.

    ReplyDelete
  7. boleh tahan menu dia tu. kalau ke ipoh kena pi tempat nilah kan

    ReplyDelete
  8. Mata terus terbaca nasi lemak - lazatnya kalau bekpes pepagi nasi lemak lauk sambal paru. Tapi paling Rawlins terliur adalah cucur udang tu

    ReplyDelete
  9. yes. nampak selesa warung eli ni, marina.
    bersih. luas.
    makanannya pun nampak sedap. seperti namanya la.
    sesekai berjalan ke ipoh, bleh google warung eli.

    ReplyDelete
  10. Unik dan klasik tempat ni. Suka tgk.makanan-makanan yg ditawarkan

    ReplyDelete
  11. Nasi goreng ikan rebus. Wah first time tahu ada menu ni. Macam best je wajib cuba ni dekat Warung Eli

    ReplyDelete
  12. Wah nampak menarik menu dia. Yaya tak berkesempatan lagi berjalan-jalan di area sana kalau ada rezeki pergi boleh cuba hee

    ReplyDelete
  13. Wahhh best nyer makanan kat sana, i nak try their mee rebus.

    ReplyDelete
  14. lama dah tak pergi JJCM kat Ipoh.. nnti2 boleh plan lepas semua kembali tenang..

    ReplyDelete