Pameran Golden Wonders of The World oleh IDRISSI International School Inisiatif Program Imersif Tinggi (HIP)

Pameran Golden Wonders of The World oleh IDRISSI International School Inisiatif Program Imersif Tinggi (HIP) | 

A Momentous Trip to The Golden Wonders of The World In A Day!

Pada 16 November yang lalu, Sekolah Antarabangsa IDRISSI telah mengadakan pameran Golden Wonders of The World di Hotel & Pusat Konvesyen Movenpick KLIA, Sepang dengan mempersembahkan keajaiban dunia melalui konsep edu travel yang menarik sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Program Imersif Tinggi atau dalam bahasa Inggerisnya Highly Immersive Programme (HIP).

Ini bukan pertama kali IDRISSI International School mengadakan pameran sebegini. Pada tahun lepas, pameran Golden Age Inventions telah berjaya mengumpulkan lebih 2,000 pengunjung dengan penglibatan sekolah-sekolah awam di Malaysia melalui pendekatan jangkau panjang yang kreatif.

[Baca juga] : IDRISSI International School 


Apa maksud Program Imersif Tinggi (HIP)?

Program Imersif Tinggi (HIP) adalah satu program yang diperkenalkan di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Program HIP adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah untuk meningkatkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris.

"Inisiatif kami dalam Program Imersif Tinggi (HIP) kalini adalah batu loncatan yang penting untuk Sekolah Antarabangsa IDRISSI dalam mendukung peralihan yang jitu bagi pendidikan di negara ini. Kami amat berbangga kerana dapat membawakan elemen edu travel di pameran ini dan memperkenalkan pengalaman pembelajaran yang baharu agar para pengunjung daripada pelbagai latar belakang mendapat manfaat melalui cara yang tidak membosankan," kata Julie Wong, Pengetua Sekolah Antarabangsa IDRISSI.

Beliau menambah, "Pelajar-pelajar Sekolah IDRISSI sering didedahkan dengan pelbagai gaya pembelajaran yang berbeza. Kali ini, kami membina suatu platform baharu untuk anak-anak muda yang berbakat bagi menampilkan kebolehan dan kreativiti, serta merasai pengalaman dunia sebenar."

Usaha-usaha yang berterusan oleh sekolah ini dapat membantu memastikan pelajar-pelajar berada di landasan pendidikan yang bergerak pantas seiring dengan negara-negara maju dan pada masa yang sama, meningkatkan kesedaran eko.


Pameran Golden Wonders of The World

Merealisasikan sasaran untuk membantu memperbaiki penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan rakyat Malaysia, Sekolah Antarabangsa IDRISSI mengetengahkan pelbagai persembahan interaktif, demonstrasi dan lebih 20 model keajaiban dunia seperti Grand Canyon, Taj Mahal, Great Wall of China, Stonehenge, Pyramid dan banyak lagi dengan rekaan 3D yang realistik.

Pameran ini membongkar aspek-aspek sejarah dan geografi yang unik dan tidak diketahui ramai. Model yang direka sendiri oleh pelajar-pelajar IDRISSI memberikan pengalaman pembelajaran istimewa di sekolah itu, dapat dikongsikan kepada pelajar-pelajar lain. Model ini direka menggunakan bahan kitar semulajadi dengan cara upcycling, disuntik dengan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dan pendekatan berasaskan eko.



Perasmian Pameran Golden Wonders of The World

Perasmian Pameran Golden Wonders of The World telah dirasmikan oleh Azzrulkhan Hasrullah. Beliau merupakan seorang wira Malaysia yang merangkak ke Gunung Everest dan berjaya menempa nama di dalam The Malaysia Book of Records. 

Beliau telah diberi penghormatan untuk melancarkan pameran ini berkata, "Tiada apa yang boleh membataskan impian-impian dan imaginasi yang ada pada para pelajar ini. Pameran ini meletakkan suatu penanda aras yang dapat menggalakkan mereka mencapai lebih jauh lagi dan seterusnya menetapkan matlamat yang bermakna untuk kehidupan masa hadapan."

Di pelancaran ini, Brother Azzrul juga ada berkongsi tentang pendakiannya yang mengagumkan, merangkak sehingga ke Everest Base Camp pada tahun lepas. Beliau turut berkata, "Saya yakin bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai mentaliti serba boleh yang kuat, dan jika mereka mampu merealisasikan pelancongan impian melalui ciptaan replika 3D seperti ini, pemikiran mereka ternyata lebih jauh ke hadapan dan mampu membawa lebih banyak ciptaan baharu."


Perasmian oleh Brother Azzrulkhan


Aktiviti di Pameran Golden Wonders of The World

Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa pameran Golden Wonders of The World ini. Antaranya, persembahan dari pelajar-pelajar IDRISSI seperti  bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan, Pentomen dan Bicara Berirama.

Para pengunjung juga boleh turut serta di pameran ini dengan menyertai aktiviti eksperimen yang dikendalikan sendiri oleh pelajar IDRISSI. Marina teruja betul eksperimen yang menggunakan garam dan kapur tulis berwarna. Garam dan kapur tulis yang berwarna itu dicampurkan dan digoncang seketika sampailah garam itu bertukar warna mengikut warna kapur tulis berwarna. Kalau warna hijau, hijau la jadinya garam tu. Menarikkan?

Selain itu, semasa pendaftaran, kami diberikan passport. Bukan passport nak terbang. Haha. Passport ni merupakan sebuah buku di mana di dalamnya terdapat penerangan mengenai 20 model keajaiban dunia. Kami diterangkan kegunaan passport ini. Jika kami berjaya mendapatkan kesemua stamp di dalam passport ini, hadiah akan diberikan. Kami perlu pergi ke setiap booth untuk mendapatkan stamp ini. Untuk mendapatkan stamp ini, kami diberi 2 pilihan, sama ada untuk menjawab soalan atau menyelesaikan puzzle bergantung pada booth-booth tersebut.

Anak-anak Marina bersemangat untuk mendapatkan stamp-stamp ini sebab nak dapat hadiah. Diorang enjoy sangat dan kagum di pameran ni.

Marina kagum dengan pelajar-pelajar Melayu di IDRISSI sebab mereka fasih berbahasa Inggeris sampai ada seorang pelajar darjah 4 agaknya, susah nak terjemah ke Bahasa Melayu bila nak tanya soalan pada anak-anak Marina. Haha. Nampaknya Marina perlu melatih dan bercakap dengan anak-anak Marina berbahasa Inggeris di rumah supaya diorang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Anak Marina yang darjah satu tu kelas Dual Language Program (DLP). Masa perjumpaan cikgu dengan waris pon, cikgu ada pesan, 'Marissa memang bagus tapi nak cemerlang tu kena usaha lebih'. Pelajar dalam kelas Marissa boleh tahan cerdik juga. Menurut kata cikgu kelas Marissa markah Marissa tak jauh dari kawan dia yang bukan top 5. Masa Majlis Anugerah Kecermelangan yang lepas, Marissa dapat nombor 5.

[Baca juga] : Dual Language Program


Ni la dia passport yang Marina bagitau tu

Ni dia stamp. Setiap booth kena pergi nak dapatkan stamp ni.
Eksperimen Garam dan Kapur warna


Siapa sangkakan model yang lawa ni dibuat menggunakan bahan kitar semula






Pendapat Marina tentang Pameran Golden Wonders of The World dan Pelajar IDRISSI International School

Ni betul Marina bagitau, Marina rasa kagum sangat dengan pelajar-pelajar IDRISSI International School. Kagum dengan tenaga pengajar IDRISSI. What they do and learn at IDRISSI, terserlah masa di pameran ini. They capable to do something yang bukan belajar dari text books sahaja. Pendekatan yang dilakukan oleh tenaga pengajar untuk mengajar pelajar-pelajar IDRISSI ini sangat unik. How they manage to approach para pengunjung to tell on sejarah keajaiban dunia ni and surprisingly they share the story without referring any text which is superb! Ini menunjukkan pengetua dan para pengajar berjaya melakukan pendekatan Program Imersif Tinggi kepada pelajar-pelajar di IDRISSI international School ini.

Tentang pameran ini, Marina nak ucap terima kasih banyak-banyak pada IDRISSI International School buat event macam ni. Seriusly anak-anak Marina enjoy. Satu pendekatan yang bagus pada students untuk tanamkan minat mereka pada sains, matematik dan sejarah serta inisiatif yang bagus untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris.

Tengok risalah IDRISSI ni Marina tertarik tengok aktiviti yang diajar, dilakukan di sini. Pelajar-pelajar akan lebih faham apabila apa yang diajar di dalam kelas, dipraktikkan di luar kelas.

Marina ada share video juga sepanjang Marina berada pameran. Paling best ada slide yang dibuat daripada rod-rod besi. Anak Marina siap nanges la taknak balik nak main slide.



Kenangan dan pengalaman yang paling berharga buat Marina dan anak-anak apabila datang dan melihat pameran Golden Wonders of The World yang direka dan dibina sendiri oleh pelajar-pelajar IDRISSI International School dan dibimbing oleh tenaga pengajar. Dalam sehari je, semua informasi tentang 20 sejarah keajaiban dunia kami dapat tahu!

Semoga IDRISSI terus kekalkan aktiviti seperti ini bagi mencapai objektif kerajaan untuk Program Imersif Tinggi ini.

Nak tahu aktiviti atau berkaitan IDRISSI International School boleh ke website:

Website : 
www.idrissischool.edu.my

Instagram : www.instagram.com/idrissischool

Post a Comment

36 Comments

  1. Cucu kita pun pelajar Idrissi International School di Shah Alam... memang banyak aktiviti menarik disediakan pihak sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww ye ke. Bestnye. Marina kalau sekolah ni ada kat Ipoh pon macam nak hantar je anak ke situ

      Delete
  2. kalu ada duit lebih apa salah hantar anak-anak masuk sekolah international ni. mesti speaking cair kat mulut. seronok tengok banyak aktiviti sekolah sediakan untuk student

    ReplyDelete
  3. Bagusnya corak pembelajaran sebegini. Rawlins percaya anak-anak zaman sekarang memang lebih mudah belajar dengan cara diajar secara berdepan dan bercerita - dan bukannya diajar atau mengajar.

    ReplyDelete
  4. kreatif cara pembelajaran yang diketengahkan oleh pihak ini. bab price tak nak ulas sebab standart private school begitu lah kot. heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab price tu agak mahal jugak. Tapi berbaloi jugakla dengan ilmu yg anak-anak dapat

      Delete
  5. Bagus sekolah ni..membantu anak² serlahkan diri dan yakin untuk ke depan..

    ReplyDelete
  6. Idrissi mmg terkenal dgn anak2 yg pintar dan fasih berbahasa Inggeris.. AM pun berhajat nak menghantar anak2 AM ke sana juga nnti..

    ReplyDelete
  7. ohh sekolah international shah alam ni.. selalu jgk nampak tepi highway kan.. bagus nye ada program mantapkn english n bakat yang mcm ni

    ReplyDelete
  8. Sekolah ini mmg cukup popukar, sbb sy pernah dengar pencapaian yg cukup memberangsangkan. Tgk hasil kerja student pun menarik

    ReplyDelete
  9. seronok anak-anak bila ada banyak aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
  10. Yes. This is a good event to attend with children’s. Very educational. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  11. sekolah ni memang bagus. guna pendekatan STEM, tidak terhad pada teori dalam buku sahaja. tapi itulah, mahal juga yurannya..huhu..kalau lah mampu, memang ku hantar anak2 semua ke sekolah tu..

    ~Anak Perak~ https://anakperak.com

    ReplyDelete
  12. Interesting to know more on the wonders of world. Thinking to bring my children there to learn about it on this school holiday.

    ReplyDelete
  13. Seronok tengok pendedahan yang diberikan kepada anak-anak. Biar dyorang terdedah dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan minda dan kita sebagai parents pun kena ambil tahu sebab terlalu mencabar zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  14. Memang tak sangka ye dorang boleh buat semua tu. Tentunya lah corak pembelajaran di sini dan perkembangan minda pelajar kat sekolah ni memang bagus. Kita pun kagum. Makin zaman kehadapan, otak dan minda anak-anak pun advance jugak.

    ReplyDelete
  15. Akak suka kan kan pergi pameran mcm ni, best tengok

    ReplyDelete
  16. Pameran dia menarik. Anak-anak tak bosan kalau ke sini. Banyak betul aktiviti yang disediakan. Untuk bahasa Inggeris tu, Qiss sendiri pun kena improve kan lagi. Hehe

    ReplyDelete
  17. bagus perkongsian ni, sangat membantu mak ayah tengaj cari sekolah sesuai untuk anak-anak. yang penting ada duit kan

    ReplyDelete
  18. Menarik, bagus ada pendedah mengenai sekolah international macam ni, kadang tak tahu apa aktiviti yg dilakukan di sekolah tersebut sebab tiada hebahan. Kalau parent mampu boleh hantar anak ke sekolah ni betul tak?

    ReplyDelete
  19. Bagusla ada buat program macm ni..beri kreativiti pada anak-anak..ada pameran menarik yang boleh anak beljar kan..Kene banyakkan aktiviti macm ni lagi

    ReplyDelete
  20. Terbaik la perkongsian ni, dan terbaik la aktiviti dan pameran yg mereka buat. Sangat bermanfaat. Kalau Mat Drat tahu awal, Mat Drat mesti dah pergi juga

    ReplyDelete
  21. Wah, sangat kreatif dan menarik aktiviti yang dijalankan oleh Idrissi International School ni. Beruntung buat pelajar-pelajar yang dapat belajar dan mengikuti aktiviti2 ni.

    ReplyDelete
  22. Impressive ya pembelajaran anak2 di Idrissi ini.. Sangat inovatif n merangsang minda.. No Wonder la kebanyakan anak2 idrissi ini speaking cair abis..

    ReplyDelete
  23. wow baguslah ada event sebegini untuk budak2. perlu lebih banyakkan event dan akrtiviti seperti ini. nak2 tengah cuti sekolah nie. daripada buang masa kat rumah, baik bawa ke event2 seperti ini

    ReplyDelete
  24. Wahhh bagusnya dah ajar kids sekarang untuk guna bahan dari barangan kitar semula. Going greens! Tbh kalau student tu susah untuk translate ke BM, dia lemah untuk carry dua bahasa. Anyway, good luck for all students there

    ReplyDelete
  25. bagus aktiviti macma ni untuk anak-anak...aktiviti mcm ni juga perlu diadakan disekolah-sekolah kerjaan untuk memupuk kesedaran anak2 tentang bahan kitar semula....nice sharing..

    ReplyDelete