Boba Homemade di Ipoh

Assalamualaikum. Hai.

Sekarang ni mana-mana pon orang duk sebut pasal boba/ bubble tea/pearl atau apa-apa je la panggilannya. Sibuk orang duk mencarikan?

Semalam Marina pon pegi hunting boba. Boba ni spesial sebab homemade. Dah tentu halal sebab Melayu yang buat sendiri.

Kat sini terdapat 5 jenis boba.
- Boba Milk Tea
- Boba Milk Brown Sugar
- Boba Matcha
- Boba Coffee
- Boba Chocolate

Harga RM5.90 sahaja. Cup besar plak tu. Marina beli Boba Milk Brown Sugar dan Boba Chocolate. Terbaikkk. Air dia sedap. Pekat

Kalau yang tak pernah rasa Boba Chocolate, air dia macam ais blended chocolate, cuma tambah bubble je.

Yang Milk Brown sugar, Marina takut nak beli sebenarnya, tapi belasah je try. Milk tea= Teh susu memang Marina tak minum.

Boba Milk Brown sugar ni rasa macam air cendol tapi tak pekat sangat macam cendol. Marina tak boleh terima cendol sebab santan dan gula merah tapi milk sugar brown ni Marina boleh terima sebab guna susu.

Boba Monster Pengkalan ni air dia tak cair. Ais dah cair pon air still ok lagi. Tak tawar. Boba dia banyak gila, kenyal, saiz sedang je.

Kalau nak beli Boba Monster kat Pengkalan ni kena datang awal. Semalam rezeki dapat Boba Chocolate. Marina orang terakhir dapat beli chocolate. Boba kat sini memang Recommended.

Lokasi: Taman Pengkalan Jaya (orang panggil SPPK) berdekatan Masjid Al-Furqan.



-bymarinabashah-

Post a Comment

2 Comments

  1. Sejak menjadi viral dah makin naik dan berpusu-pusu orang mencari boba ni kan. walaupun dah lama wujud.

    ReplyDelete