Hai. Assalamualaikum korang.

Marina ada terbaca 7 tanda overproctective parents. 3 daripada 7 ni macam terkena sikit je ngan Marina. Tak overprotective sangatlah kot kan?😁

Overprotective Parents:
1. Banyak sangat larangan.
2. Buatkan kerja sekolah anak.
3. Hantar kerja sekolah/bekal anak yang tertinggal.
4. Asyik SMS/Wassap cikgu.
5. Terburu-buru tolong siapkan anak.
6. Tak libatkan anak dalam kerja rumah.
7. Lebih banyak bercakap daripada mendengar.

Ok Marina cerita kisah Marina kenapa Marina jadi overprotective. Masa tengah menunggu anak balik dari sekolah agama. Time tu hujan. Teringat zaman Marina sekolah dulu. Seumur hidup pergi sekolah, hantar berambik tak pernah ayah Marina ambik naik motor.


Disebabkan itu bila anak-anak naik motor rasa kesian, lagi-lagi time hujan. Bukan kesian sebab apa. Pagi-pagi hantar sekolah tersenguk-senguk atas motor. Balik, bila hujan lebat, habis basah kasut. Tapi deme suker naik motor. Cepat sampai kata deme.

Bila balik sekolah, Marina akan pastikan Marina sampai dulu sebelum anak keluar dari kelas dan akan tunggu di dalam kawasan sekolah dan biasanya Marina sampai awal supaya boleh parking dan keluar dari kereta.

Kalau hujan, Marina bawak payung sekali. Kalau tak hujan lenggang bawak diri.πŸ˜‚πŸ˜‚ Tunggu anak sebab tolong angkatkan bag sekolah. Kesian tengok anak bawak bag berat-berat.

Sindrom ibu prihatin dan overprotective Marina ni makin kuat bila duk perati budak-budak kat sekolah. Barangkali kena tunggu dalam kete je gamaknye.πŸ€”πŸ€”

Itu baru satu kes. Kes satu lagi, pasal kerja sekolah anak. Marina cerita next entry okeh.

Rasanye bukan Marina sorang je parents yang macam ni kan?

-bymarinabashah-
Hai. Assalamualaikum korang.

Marina nak share sikit pengalaman Marina kejut anak bangun pagi. Terutamanya time sekolah.

Anak Marina yang pertama, Marissa alhamdulillah senang bangun pagi. Mungkin dia rasa tanggungjawab atau takut dengan cikgu untuk hadir ke sekolah awal. Kena masuk sekolah sebelum 7.20 pagi. Selalu panggil along je. Kalau tak bangun Marina panggil nama penuh dia.

Anak Marina yang kedua ni payah sikit nak gerak. Umur 6 tahun Hantar ke tadika. Kadang sampai 20minit gerak tapi tak bangun-bangun. First thing Marina buat kat dia, gosok-gosok badan dia. Gosok dengan kasih sayang ye. Lepas tu Marina duk tepuk-tepuk pipi dia. Tak jalan juga, Marina angkat dia duduk kat riba. Bercakap dengan dia, lepas mandi, siap, tidur balik kalau mengantuk. Lepas dia bangun pergi mandi, Marina akan bagi pujian. Alhamdulillah berkesan cara ni.

Anak yang ketiga ni ikut mood. Umur 3 tahun. Kadang dia terjaga awal. Bangun sendiri. Kalau dia tidur lewat, payah sikit nak gerak dia. Kadang Marina kejut dia dengan panggilan baby, kadang Marina buat bunyi kucing πŸ˜‚πŸ˜‚. Sebab dia suka buat bunyi kucing kalau bangun tidur.


Alhamdulillah walaupon kadang-kadang ada masa mencabar nak kejutkan diorang waktu pagi, masih sempat nak pergi ke sekolah sebelum waktunya.

Marina pon takla perfect sangat. Kadang ada jugak marah anak-anak. Ugut diorang nak tinggal diorang. Menangis tu biasa tapi kebarangkaliannya sikit je.

Cara Marina panggil anak-anak bangun pagi:
1. Panggil nama
2. Gosok-gosok
3. Tepuk-tepuk
4. Angkat dan komunikasi
5. Beri pujian setelah anak bangun pagi

Mummy kat luar sana ada masalah kejut anak tak?

-bymarinabashah-
Hai. Assalamualaikum korang. Sekarang tengah hangat orang duk berkata pasal konsert BlackPink di Malaysia kan?

Sumber: Instagram blackpinkofficial

Seronok adik-adik kita pergi tengok konsert BlackPink ye? Ada akak-akak, makcik-makcik yang join sekali ke? Why not? Umur bukan penghalang okeyyy.😁 Marina dengar cerita Menteri kita sampai turun padangla nak mintak BlackPink lanjutkan konsert, tambah lagi satu hari gara-gara tiket habis. Sangat woww. Daebakk la.

Marina dah lama tau pasal group BlackPink ni. Bukan harini baru tau.😁😁Tapi Marina tak mengikuti sangat perkembangan diorang. Kalau jumpa depan-depan pon belum tentu kenal mana satu JiSoo, mana satu Jennie, Rose dan Lisa.πŸ˜†

Sumber: Instagram blackpinkofficial

Marina suka tengok diorang ni je. Cantiknya badan diorang. Kurus. Tinggi tu tak tinggi sangat kot. Lebih kurang Marina je kot. Marina 161cm. Haaa nampak tak kegigihan menGoogle biodata diorang ni. 😁😁 Bila tengok diorang menyanyi dan menari terasa Marina ni muda plak. Haha.

Walaupon Marina dah 36 tahun, tapi Marina mengikuti perkembangan semasa tau. Umur hanyalah satu angka je. Hihi. Marina pon dengar jugak lagu diorang. Kalau dengar lagu Ddu du Ddu du atau Solo dimainkan, Marina tahu tu lagu BlackPink.

Apepon kepada adik-adik kat luar sana yang sangat fanatik dan menjadikan diorang ni idola, Marina ucapkan all the best pada korang. Mana yang baik boleh jadikan ikutan, mana yang kurang baik pandai-pandaila korang. Dah besarkan. πŸ˜‰

Sumber: Instagram mlysiablink

-bymarinabashah-
Marina dah lama berblog since year 2010. Time tu baru nak kawen. Excited nak cerita kat blog tentang persiapan perkahwinan. Dah 8 years back. 😁 Masa tu instagram, twitter dan media sosial yang lain belum berleluasa seperti blog.

Adalah 2 tahun kot Marina rajin duk update blog. Masa tu guna portable internet. Mudah nak bawak dan berblog menggunakan laptop. Sekarang portable internet dah terminate, unifi pon takde.😭 Makanye guna mobile data je sebab mudah through fon.

Sekarang bila ada instagram, orang prefer instagram kot. Prefer tengok picture than reading blog kot.



Bila marina dah kawen ni dan dah ada anak, tambah Marina bekerja pulak, masa nak berblog pon dah kurang. Masa terhad. Idea pon tak sempat nak singgah.πŸ˜‚ Makanya blog bersawang sampai la ke sudah.

Sekarang after 8 years, anak yang first masuk darjah satu, masa tu ada la sikit. Time menunggu anak balik dari sekolah agama, tengah duk menung, idea datang dan Marina banyak buat observation time menunggu anak.

Sekarang ni nak mula berblog balik, kena mula dari zero balik. Semua entri yang lama dah delete. Cam segan cerita zaman muda remaja dulu. Blog dulu ada 1000 follower je tapi dah delete blog tu. Harap Marina istiqomahla update blog ni sampai bila-bila.πŸ˜…

-bymarinabashah-